Hamil Tak Menghalang Bertanding di Olimpik!
Dia atlet lawan pedang yang menyertai olimpik buat kali ketiga di Paris. Namun, penyertaan di Olimpik Paris 2024 ini lebih istimewa. Kerana dia tidak berseorangan dalam lawan pedangnya. Ya, Nada Hafez hamil ketika perlawanannya!
Ini bukan satu-satunya atlet yang dikhabarkan hamil ketika menyertai olimpik. Malah, dalam acara olimpik sebelum ini juga pernah ada atlet wanita yang bertanding ketika sedang hamil.
Jadi, sebenarnya, bolehkah wanita hamil ini menyertai Olimpik?
Jawatankuasa Olimpik sendiri sebenarnya tiada halangan terhadap wanita yang mengandung untuk menyertai acara mereka, sekiranya tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan yang baik dan tidak berisiko.
Malah, Dr. Kathryn Ackerman, seorang doktor perubatan sukan dan pengerusi bersama pasukan petugas kesihatan wanita Jawatankuasa Olimpik dan Paralimpik AS ada menyatakan bahawa penyertaan atlet hamil ini telah menghapuskan mitos bahawa mereka tidak boleh bersenam ketika dalam kehamilan.
Menurut Dr Ackerman lagi, para doktor pun mengesyorkan bahawa jika seorang atlet berada dalam keadaan baik ketika hamil dan tidak ada komplikasi, maka mereka selamat untuk bersenam, berlatih dan bersaing pada tahap yang tinggi. Namun, ada pengecualian, iaitu bagi sukan ekstrim seperti perlumbaan ski, di mana risiko jatuh teruk adalah besar.
Dalam situasi Nada Hafez, atlet ini memasuki acara lawan pedang, yang jelasnya mempunyai sut khas bagi para pemainnya yang dilengkapi pelapik pelindung yang jelas untuk atlet. Bagi sukan yang kurang risiko secara fizikal seperti memanah atau menembak, wanita hamil juga boleh bersaing jika keadaan kesihatannya baik.
Malah, dalam Olimpik Paris ini, seorang pemanah Azerbaijan, Yaylagul Ramazanova mendedahkan dalam media sosialnya bahawa dia sedang hamil enam bulan. Ketika melakukan panahan untuk pusingan kelayakan, dia dapat merasakan bayinya menendang, dan dia berjaya mendapat jumlah mata maksimum untuk panahan itu.
Jika anda nak tahu, seorang atlet Malaysia juga pernah menyertai Olimpik ketika hamil! Nur Suryani Mohamed Taibi, yang menyertai Olimpik Musim Panas 2012 hamil 8 bulan ketika bertanding dalam acara raifal. Mengenai keinginannya untuk meneruskan sukannya semasa mengandung, dia menyatakan yang ramai orang menganggap dia pentingkan diri sendiri dan membahayakan bayinya. Namun, dia tetap menyertainya demi membawa nama negara.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source