Che Ta bakal risik menantu, suka pilihan Ammar-“Berhijab & tak main media sosial”
Pelakon drama Kiah Pekasam, Rozita Che Wan atau lebih dikenali Che Ta bakal risik menantu pada minggu depan.
Che Ta juga akui dirinya berdebar menantikan acara merisik bagi anak sulungnya, Ammar Effendy, 28, tidak lama lagi.
Pun begitu, Che Ta lega apabila Ammar memilih wanita berhijab daripada keluarga yang mementingkan agama sebagai calon isteri.
Che Ta bakal risik menantu
Che Ta berkata, calon menantunya berusia lingkungan 20-an merupakan seorang bersederhana kerana tidak mempunyai akaun media sosial.
Ia sekali gus menggambarkan sikapnya yang tidak dahaga akan perhatian.
“Saya memang teruja nak merisik bakal menantu untuk anak sulung pada minggu depan. Setakat ini, kami baru nak beli cincin tanda untuk si dia.
“Sebagai ibu saya gembira untuk dia. Sebenarnya saya tak kisah siapa pun yang dia pilih asalkan berbahagia. Apabila dapat yang berhijab lebih mudahlah dan lagi satu dia bukan jenis main media sosial.
“Kalau sebelum ini saya doa untuk kebahagiaan anak-anak, selepas ini saya doakan pula rumah tangga dan jodoh terbaik buat mereka,” katanya.
Yakin dengan pilihan anak
Biarpun baru dua kali bertemu calon menantu, Che Ta yakin pilihan anak sulungnya itu wanita berpendidikan dan mempunyai keperibadian baik.
Katanya lagi, bakal besannya juga kerap pulang ke tanah air, bahkan anaknya juga ada bermain golf.
“Pada saya, tidak kira sama ada bakal isteri bertudung atau tidak, paling penting Ammar mampu mendidik bakal teman hidupnya menjadi isteri yang terbaik.
“Saya dan suami pun sudah berjumpa bakal besan. Doakan majlis risik nanti berjalan lancar,” ujarnya.
Artikel lain: Tyzo Xander kongsi ciri2 wanita idaman – “Lebih berusia dan pandai berdikari”
Kahwin tahun depan?
Disoal mengenai perancangan pernikahan anak, ibu kepada tiga cahaya mata memberi bayangan majlis berlangsung dalam tempoh setahun lagi.
“Bukan dalam tempoh terdekat, bakal besan saya mahu ‘melepaskan’ dulu anak sulung mereka, selepas itu barulah majlis perkahwinan Ammar pula menyusul.
“Tetapi perincian majlis termasuk bertunang atau terus nikah hanya akan dibincangkan ketika majlis risik minggu depan,” katanya lagi.
Selain Ammar, 28, Che Ta, turut mempunyai dua lagi cahaya mata, Aniq Ezzra, 24 dan Aaisyah Dhia Rana, 10.
Sumber: Kosmo! Online (Hanisah Selamat)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source