Bella Astillah minta ibu mentua berhenti perli, tak pernah tawar diri jaga 2 orang cucu
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah minta ibu mentua berhenti perli dengan memuat naik hantaran di media sosial.
Dalam surat terbuka dimuat naik di Instagram, bekas isteri kepada penyanyi asal Singapura, Aliff Aziz berkata, dirinya tidak mahu bercerita mengenai kisah duka hidupnya kerana sedang berusaha menjalani hidup bersama anak-anak.
Namun, dirinya terpaksa bersuara dengan menulis surat terbuka kerana ia melibatkan mengenai anak-anak yang masih kecil.
Bella Astillah tiada masalah Aliff Aziz jumpa anak-anak
Bella sebelum ini berkata, dia tidak mempunyai masalah sekiranya bekas suami mahu bertemu dengan anak-anak, namun segalanya berubah selepas membaca mesej perbualan perancangan Aliff Aziz dan rakan selebriti, Ruhainies.
“Bila saya baca semua perbualan mereka, betapa hancurnya hati saya kerana ini adala plot twist terbesar dalam hidup saya.
“Orang yang saya percaya, tahu luar dalam dan yang saya sayang selama 12 tahun dengan sekelip mata menjadi musuh dan menghina saya,”katanya.
Bella Astillah minta ibu mentua berhenti perli
Dalam pada itu, penyanyi asal Sabah itu juga mendakwa ibu mentuanya telah membuat dirinya daripada ‘grup’ WhatsApp keluarga tanpa memberi sebarang penjelasan, selain tidak bertanya khabarnya dan dua orang cucu.
Apa yang membuatkan dirinya ‘terasa’ apabila ibu kepada Aliff Aziz itu tidak lagi mengikutinya di media sosial, sebaliknya mengikuti Instagram Ruhainies.
Tambahnya, dia juga telah banyak bersabar terutama sering menjadi mangsa sindiran ibu mentua.
Pun begitu, pemilik nama Dayang Ara Nabellah Awang Astillah bersyukur kerana memiliki ibu bapa yang tidak pernah memburukkan nama Aliff Aziz sebaik sahaja mereka berpisah.
Tiada kata maaf, tak pernah pelawa jaga cucu
Luah Bella, sehingga kini dia masih belum menerima permohonan maaf daripada keluarga bekas suaminya atas perlian yang telah dilakukan.
Dedah pelatun lagu Bermanja Manja, ibu bapa Aliff Aziz tidak pernah mempelawa diri untuk menjaga dua orang anaknya ketika dia berada di Singapura atas urusan kerja.
“Selama saya berniaga bertahun-tahun di ekspo Singapura, tak pernah sekali pun Puan Fiza dan Encik Aziz offer untuk tolong jagakan anak-anak sementara saya berniaga.
“Hanya datang (kadang-kadang untuk mengambil gambar dan beri hadiah). Yang jaga Ara dan Ayden semuanya kawan-kawan sekolah Aliff. Saya penat,”luahnya.
Artikel lain: Bella Astillah tak tahu Aliff Aziz kembali sertai tabligh -“Kalau betul berubah, alhamdulillah”
Anak-anak tetap kenal bapa mereka!
‘Haram pisahkan anak daripada ibu atau bapa’
Terdahulu, ibu kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza memberitahu hubungan anak-anak dengan ibu bapa tidak sepatutnya dihalang selepas berlaku perceraian.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Hafiza memuat naik video pendakwah Ustaz Azhar Idrus yang menyatakan haram memisahkan anak daripada ibu atau bapa.
“Talak itu adalah antara pasangan dan bukan antara anak-anak dengan orang tuanya.
“Usah menggunakan anak-anak sebagai senjata untuk memuaskan hati sendiri walau apa pun alasannya.
“Semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga. Aamiin YRA,”kongsi Siti Hafiza.
Sekadar info, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna, masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.
Pasangan ini juga pernah bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff ditangkap curang beberapa kali namun kembali rujuk ketika dalam tempoh iddah.
Sumber: Instagram Bella Astillah
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source