Fara Salleh akui minta cerai, dakwa diburukkan suami ke kenalan rapat
Isteri Shuk Sahar iaitu Fara Salleh akui minta cerai terhadap suaminya selepas mendakwa kerao diburukkan oleh pelawak itu ke kenalan rapat.
Tak tahan dengan sikap Shuk
Memetik laporan dari Mstar, Fara telah menjelaskan tentang hantaran yang dibuat di Thread berkenaan permintaan untuk berpisah seakan sudah tidak tahan dengan sikap pelawak terbabit.
“Tentang perkongsian itu, saya mengaku saya minta sebab dah terlalu penat.
“Semuanya sebab kawan-kawan, persahabatan mereka ini terlalu kuat sampai suka cerita buruk pasangan masing-masing dalam group.
“Nama saya ni kalau tak buruk sebab mulut orang jauh, buruk sebab mulut orang paling dekat,” katanya.
Fara Salleh akui minta cerai, banyak kali berbincang tapi berubah sekejap saja
Tambah wanita itu, dia sudah mencuba mencari jalan penyelesaian dengan berbincang beberapa kali, namun ia tetap tidak berubah.
“Saya pernah ajak bincang tapi tiada kesudahan, berubah tapi sekejap sahaja,” jelasnya.
Artikel lain: Rumah tangga goyah? Fara Salleh minta diceraikan Shuk Sahar
Fara Salleh akui minta cerai, mental agak terganggu tiada tempat meluah
Ujar Fara lagi, disebabkan hal tersebut dia mengakui mentalnya agak terganggu kerana tiada tempat untuk meluahkan perasaan.
Dia juga menjelaskan selepas berkahwin banyak menjauhkan diri dari rakan-rakan kerana mahu memberi fokus terhadap tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.
Mungkin dulu saya sibuk kerja, ada kawan. Apabila dah kahwin ni kena buang semuanya, mental kita jadi burn out pun juga.
“Lebih-lebih lagi sekarang kena fokus untuk suami sahaja,” ujarnya.
Terdahulu, isteri kepada pelawak berkenaan telah meluahkan rasa tidak tahan hidup dengan Shuk dan meminta dilepaskan.
Perkara berkenaan dinyatakan Fara menerusi Thread dan mendedahkan sering diburukkan suami ke kenalan-kenalan rapat.
Dia juga mengatakan suaminya lebih mempercayai rakan-rakan berbanding isteri sendiri dan menganggap pelawak itu sebagai seorang yang narsistik.
Sumber: Mstar (Allya Abu Bakar)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source