Rakan dedah isteri Shuk Sahar pernah amuk & buat kecoh di Singapura
Seorang rakan dedah isteri Shuk Sahar pernah amuk dan buat kecoh di Singapura sewaktu membantu pelawak itu berniaga nasi kerabu di sana.
Bergaduh di Singapura
Menerusi Instagram pelik akaun bernama Raje Ridzuan Khai, dia yang menggunakan ganti nama F merujuk kepada isteri Shuk, Fara Salleh memaklumkan pergaduhan suami isteri itu berlanjutan sehingga wanita terbabit berjalan kaki dan balik menaiki bas.
Difahamkan kejadian tersebut berlaku pada tahun lalu dan tidak menyangka ia terjadi lagi tahun ini.
Isteri Shuk Sahar buat hal di event berulang kali
Ujarnya, dia malas untuk mengambil tahu perkara tersebut namun disebabkan ia berulang semula dan menganggu periuk nasi mereka, hal tersebut perlu didedahkan memandangkan Singapura adalah tempat mereka mencari pendapatan.
Perkara tersebut pastinya membuatkan pelawak itu malu sehingga terpaksa meminta rakannya berganjak ke gerai lain bagi mengelakkan Fara terus bersikap sedemikian.
“Ni kes tahun lepas event yang sama memang event ni si F tu akan buat hal, dan tahun ni jadi balik kes baru. Dekat event yang sama, tempat yang sama.
“Sebelum kami diam sebab malas nak layan perempuan tu, tapi kali ni memang kami susah nak diam. Dekat SG tempat kami cari rezeki bukan tempat cari pasal…” tulisnya.
Artikel lain: Iqram Dinzly simpati dengan Shuk Sahar, minta tak dengar dari sebelah pihak saja
Isteri Shuk Sahar burukkan rakan2 suami?
Dalam pada itu, Raje Ridzuan Khai juga mempersoalkan tindakan isteri kepada pelawak berkenaan yang seakan menyalahkan rakan-rakan suaminya sedangkan dia yang berkata buruk berkenaan pasangan sendiri di media sosial.
Tegasnya, pemilik nama Mohamad Shukri Mohamed Sahar, 38 tak pernah berkata buruk tentang orang lain apatah lagi berkenaan rumah tangga.
Minta maaf terpaksa dedah
Tambahnya, dia memohon maaf kepada Shuk kerana membuat pendedahan tersebut dan bukan bertujuan mahu mencampuri urusan pasangan berkenaan.
Namun, apa yang dilakukan adalah kerana perlakuan Fara yang memuat naik video dirinya bersama rakan-rakan lain di media sosial.
“Bukan sebab nak masuk campur hal rumah tangga abang, sebab kan dia up video saya dan kawan2 kat media sosial. Jadi saya pun terpaksa sembang benda ni kt media sosial..! “ ujarnya lagi.
Terdahulu, Fara Salleh telah memuat naik hantaran meminta agar Shuk menceraikannya dan mendakwa pelawak terbabit tidak pernah berubah.
Dakwanya, Shuk kerap memburukkannya kepada rakan-rakan dan mereka juga sering menceritakan keburukan pasangan masing-masing.
Perkara tersebut telah dinafikan oleh selebriti terbabit dengan menegaskan tidak pernah berkata tentang hal lain dan orang ramai boleh menilainya sendiri.
Sumber: Instagram imraje
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source