“Bukan aku kahwin dengan kau..”- Fara Salleh minta Iqram Dinzly jangan sibuk
Isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh minta Iqram Dinzly jangan sibuk urusan rumah tangganya selepas pelakon itu tampil membuat kenyataan di Instagram.
Iqram sebelum ini meluahkan rasa simpati dengan Shuk Sahar atas masalah yang sedang dihadapinya ketika ini.
Dalam hantaran di Instagram, pemilik nama Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin meminta agar netizen tidak mempercayai sebelah pihak secara bulat-bulat.
Fara Salleh minta Iqram Dinzly jangan sibuk
Tidak berdiam diri, Fara meminta Iqram Dinzly untuk tidak menyibuk urusan rumah tangganya bersama Shuk Sahar.
Tegasnya, Iqram tidak mempunyai hak untuk masuk campur urusan dia dan suami.
“Bukan aku kahwin dengan kau ya, Encik Iqram. Jangan sibuk hal aku,”tulisnya ringkas di Instagram Story.
Artikel lain: Iqram Dinzly simpati dengan Shuk Sahar, minta tak dengar dari sebelah pihak saja
Terdahulu, isteri kepada pelawak berkenaan telah meluahkan rasa tidak tahan hidup dengan Shuk dan meminta dilepaskan.
Perkara berkenaan dinyatakan Fara menerusi Thread dan mendedahkan sering diburukkan suami ke kenalan-kenalan rapat.
Dia juga mengatakan suaminya lebih mempercayai rakan-rakan berbanding isteri sendiri dan menganggap pelawak itu sebagai seorang yang narsistik.
Shuk bagaimanapun menafikan dirinya pernah bercerita buruk tentang orang lain sepanjang umurnya.
Sekadar info, Shuk dan Fara telah mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu selepas pelbagai kisah kontroversi melibatkan mereka sewaktu pelawak itu masih mempunyai isteri.
Walau bagaimanapun, Fara Salleh menafikan bahawa dirinya menjadi punca perpisahan Shuk dengan bekas isteri pertama, Rossa Sera dan mendakwa pelawak itu mempunyai beberapa hubungan dengan wanita lain.
Sumber: Instagram f.zzatys
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source