Keluarga harap Nidza Afham bukan ‘pergi’ dalam keadaan tersiksa
Keluarga harap Nidza Afham bukan pergi dalam keadaan tersiksa memandangkan proses bedah siasat dijalankan pagi ini selepas jasadnya ditemui sekitar jam 7 malam semalam terdapat di Sungai Klang.
Difahamkan, jenazah penyanyi berkenaan telah di bawak ke Hospital Shah Alam (HSA) pada jam 10.30 malam selepas ditemui sebelum post mortem dijalankan di Jabatan Forensik HSA pada pagi ini.
Tunggu keputusan post mortem
Susulan daripada itu, Irfahanie berharap agar adiknya tidak ‘pergi’ dalam keadaan tersiksa walaupun sebenarnya tidak tahu mahu mengharapkan apa lagi kerana masih lagi terkejut dengan kejadian berkenaan.
Keluarga harap Nidza Afham tidak alami kecederaan
Menerusi laporan dari Sinar Harian, Irfahanie juga mengatakan belum mengentahui keadaan jenazah memandangkan proses pengecaman hanya dilakukan oleh suaminya.
“Pengecaman mayat dibuat oleh suami saya semalam.
“Untuk bedah siasat pagi ini, kami harap yang baik-baik dan tidak ada kecederaan,” katanya.
Artikel lain: Nidza Afham pernah minta sedekahkan al-Fatihah jika meninggal setahun lalu
Keluarga harap Nidza Afham pergi dalam tidak tersiksa
Dalam pada itu, suaminya, Muhammad Effie Amron, 34, memberitahu yang dia buat pengecaman mayat sekitar jam 8 malam berhampiran Jalan Tepi Sungai, Sungai Kolok berdekatan Sungai Klang.
“Saya yakin itu dia berdasarkan rupa dan baju yang terakhir yang dipakai walaupun keadaan tubuhnya sudah berubah selepas berada lama dalam air,” ujarnya.
Akan dikebumikan selepas proses bedah siasat
Difahamkan, jenazah allahyarham dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam, selepas selesai proses bedah siasat nanti.
Terdahulu, pihak berkuasa mengesahkan bahawa mayat yang ditemui terdampar di Sungai Klang adalah Nidza Afham yang dilaporkan hilang selepas keluar melakukan aktiviti joging pada 13 Ogos 2024 kira-kira jam 7.45 malam.
Dia gagal dihubungi selepas keluar dari Stadium Klang kira-kira jam 11.53 malam dipercayai memakai baju jersi berwarna hitam bertulis nombor 56.
Sumber: X efahperfume, Sinar Harian (Nurezzatul Aqmar Mustaza)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source