Kantoi curi elektrik, pemilik Tesla buat-buat terkejut TNB terjah rumah
Tular di media sosial satu video memaparkan seorang pemilik kediaman kantoi curi elektrik dan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyerbu sebuah kediaman berkenaan.
Menerusi satu hantaran di X, Update11111 telah memuat naik satu video memaparkan seorang pekerja TNB sedang menjelaskan kepada pemilik kediaman tersebut berkenaan bagaimana kecurian itu berlaku.
Pemilik Tesla kantoi curi elektrik
Difahamkan, pemilik kediaman tersebut memiliki sebuah kenderaan elektrik jenama Tesla dan kecurian yang berlaku adalah berkaitan dengan pengecasan keretanya.
Pekerja itu mendedahkan pemilik Tesla tersebut telah mengubah suai cara pemasangan untuk pengecasan kenderaannya dan penggunaan berlebihan tidak akan dapat dikesan oleh pihak TNB.
“Penyambungan wayar ini sebelum meter. Bila sebelum meter tu dia kira macam meter ni tak rekod apa penggunaan awak la.
“Kalau awak guna 100m sekalipun untuk Tesla ni, meter tak rekod dan bil tak sampai. Jadi ini kira macam kerugian kepada TNB la,” kata pekerja itu.
Dalam pada itu, pekerja TNB itu juga berkata mereka terpaksa memotong penyambungan tersebut dan membetulkannya agar penggunaan dapat dikira oleh meter.
Disamping itu, pekerja TNB juga meningatkan bahawa kes mencuri elektrik adalah satu kesalahan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 dan boleh dikenakan tindakan jika sabit kesalahan.
“Jadi sekarang ni kami terpaksa potong dan pasang balik kepada normal. Ini satu kesalahan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990,” ujarnya lagi.
Kantoi curi elektrik, TNB terjah pemilik kediaman
Tambahnya, pihak TNB boleh mengesan apabila terdapat kesalahan dalam pemasangan wayar kerana penggera akan berbunyi di pejabat sekiranya terdapat elektrik yang tidak dikira meter.
Pekerja TNB itu turut menafikan mereka datang ke kediaman berkenaan atas aduan mana-mana pihak namun disebabkan penggera mengesan terdapat kecurian elektrik.
Artikel lain: Saya solat, mohon pada Allah pulangkan anak dalam keadaan sempurna seperti dilahirkan – Ibu Nidza Afham
“Meter ni, kalau salah pemasangan dia akan sampai penggera ke pejabat. Jadi kami samapai ni pun bukan atas aduan orang lain tapi meter ni sendiri yang hantar penggera ke pejabat,” jelasnya.
Bagaimanapun, pemilik kediaman tersebut memaklumkan dia tidak bertanggungjawab terhadap kesalahan itu namun menyalahkan juruteknik yang memasang pengecas itu.
“Saya pun tak tahu, juruteknik yang pasang,” ujar pemilik kediaman itu.
Kantoi curi elektrik untuk cas kereta Tesla
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mendakwa pemilik kediaman tersebut sebenarnya tahu bahawa dia telah melakukan kesalahan itu namun berpura-pura tidak ambil tahu.
Pandai ye berlakon
Patutnya saman terus
Takde juruteknik yang buat salah bod** macam ni
Pakai Tesla tapi curi elektrik
Dalam pada itu, ada juga yang memuji pekerja TNB tersebut kerana bertindak profesional dalam urusan kerja disamping memberi keterangan dengan jelas sebelum melakukan pemotongan.
Tahniah abang TNB sebab tenang je terangkan
Abang TNB tu tahu ni semua lakonan
Kantoi curi elektrik, abang TNB cuba menahan diri
Abang TNB tu layan je lakonan dia
Beginilah sesetengah orang, nak nampak kaya tapi bila sendiri rupanya curi elektrik….
Sumber: X update11111
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source