Dai Syed tidur jam 7 pagi jaga anak, kongsi momen tanam uri bayi
Pendakwah selebriti, Dai Syed tidur jam 7 pagi jaga anaknya yang baru sahaja lahir pada 14 Ogos 2024 tempoh hari.
Dai Syed tidur jam 7 pagi jaga anak punya pasal
Dalam perkongsian tersebut, isterinya, Hana Ismail telah memuat naik gambar Dai Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 29 sedang tidur di sebelah puteri mereka, Sharifah Fatma Nour.
Dapat dilihat mereka berdua tidur lena secara bersebelahan memandangkan pendakwah itu berjaya malam untuk menjaga anak pertama mereka yang masih belum genap usia seminggu.
Artikel lain: Isteri bersalin normal, Dai Syed kongsi nama anak sulung
Dai Syed tidur bila dah siang, kongsi momen tanam uri
Selain daripada itu, Dai Syed juga sempat memuat naik momen sewaktu menanam uri bayi dan menyatakan hukum menanamnya adalah sunat.
Kongsi beberapa amalan khurafat yang dilakukan waktu tanam uri
Dia turut berkongsi cara menanam uri dengan betul serta larangan sewaktu melakukan hal tersebut yang telah menjadi amalan khurafat yang pernah menjadi kelaziman sesetengah masyarakat dahulu.
“Dan mempercayai amalan menanam uri bayi denga paku, pensel, buku, pembaris, rice cooker atau apa-apa je lah dengan mempercayai untuk anak bijak/rajin ini adalah amalan khurafat,” tulisnya.
Sekadar info, Dai Syed telah menimang cahaya mata pertama pada 14 Ogos 2024 apabila isterinya, Nurul Hana Ismail yang juga personaliti televisyen selamat melahirkan puteri mereka.
Pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga pada Disember 2022 selepas dua bulan mengikat tali pertunangan.
Sumber: Instagram daisyed
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source