Demi Konten, Wanita Berdepan Detik Cemas Terhantuk Tiang Ketika ‘Bergayut’ Di Pintu Tren
Sejak semalam, politik negara agak mendebarkan. Istilah “pintu belakang” tiba-tiba kedengaran. Berdasarkan komen-komen, ramai seakan memberi “restu” terjadi perkara sedemikian selepas beberapa isu agama diperkotak-katikkan seperti didakwa oleh ramai orang.
Hari ini, Perdana Menteri Malaysia, secara sah meletak jawatan. Berdasarkan Perkara 43 (2), Perdana Menteri dan barisan kabinet akan memegang jawatan sehinggalah Parlimen dibubarkan bagi membolehkan pilihanraya umum diadakan untuk seterusnya.
Di sebalik ramai yang tertanya-tanya apa maksud kejadian “pintu belakang, REMAJA senaraikan kes lompat parti atau pintu belakang yang pernah diwar-warkan tapi tidak menjadi kenyataan di peringkat Persekutuan. Tapi kejadian pintu belakang ini pernah berlaku di beberapa buah negari termasuk Sabah, Perak, Kelantan dan juga Terengganu.
Apa di sebalik 16 September 2008
Mungkin ramai tidak tahu tapi pada tarikh dianggap keramat oleh Pakatan Rakyat, 16 September 2008 diberitakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menubuhkan satu kerajaan baru bersempena tarikh Sabah dan Sarawak merdeka melalui Malaysia.
Agak kecoh suasana politik ketika itu di mana diberitakan Pakatan Rakyat sudah menguasai 82 dari 222 kerusi Parlimen di Dewan Rakyat. Malah didakwa ada ahli Parlimen dari Barisan Nasional yang akan lompat parti pada tarikh keramat itu.
Walaupun ada cakap-cakap belakang bahawa tarikh itu tidak akan menjadi kerana permusuhan PAS dan DAP dan ternyata, tarikh dicanangkan itu tidak menjadi kenyataan kerana Barisan Nasional terus kukuh sebelum ditumbangkan dalam pilihanraya ke 14 pada 9 Mei 2018 sehingga Kerajaan Pakatan Harapan ditubuhnya yang kita lihat pada hari ini.
Tragedi Perak, Menteri Besar Mohamad Nizar VS Zambry Abdul Kadir
Pasti ramai masih ingat kekecohan di Perak semasa pilihanraya ke 12 iaitu pada 8 Mac 2008. Selepas pilihanraya diumumkan, Pakatan Harapan mempunyai 28 kerusi menyamai Barisan Nasional juga 28 kerusi.
Ketika itu, berkuatkuasa 15 Mac 2008, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin terlebih dahulu mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak.
Namun pada 6 Februari 2009, jawatan Menteri Besar Perak beralih ke Dato Dr Zambry Abdul Kadir apabila dua ADUN iaitu dari Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu meletak jawatan. Sebelum itu, pada 4 Februari, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tiga ADUN dari PKR dan seorang dari DAP keluar parti dan menyokong BN.
Berlaku tolak dan kekecohan sehingga Dato Dr Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar sebelum dicabar oleh Mohamad Nizar. Berlaku kekecohan dalam isu MB Perak yang mana akhirnya BN menjawat jawatan tersebut sebelum ditumbangkan dalam pilihanraya lepas.
Tidak hanya di Perak, hal pintu belakang pernah terjadi di Sabah apabila ramai yang lompat parti dari USNO ke Berjaya kepada Parti Bersatu Sabah dan berpecah tapi Bersatu dalam Barisan Nasional.
Jadi isu lompat parti atau pintu belakang bukan baru dalam politik negara dan sejarah mencatat semuanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source