India Makin Tak Selamat Untuk Wanita!
Ini ialah Dr. Moumita Debnath. Usianya baru 31 tahun. Dia hanyalah seorang doktor pelatih. Tapi, kisahnya sangat tragis.
Semasa dia berehat, dia dirogol dan dibunuh dengan kejam semasa masih berada di hospital tempat dia bekerja!
Kejadian ni memang buat satu negara marah dan terkejut gila.
Bayangkan, lepas dah buat kerja nak selamatkan nyawa orang, dengan penat lelah bekerja tanpa henti selama 36 jam, baru je berehat dan tiba-tiba hidup dia sendiri diragut macam tu je.
Memang sadis!
Kes Ngeri di Hospital
Pada 9 Ogos 2024, rakan sekerja Dr. Moumita Debnath laporkan kehilangan dia. Kali terakhir beliau dilihat menuju ke dewan seminar untuk berehat selepas 36 jam bekerja.
Malangnya, mayatnya ditemui dalam keadaan yang sungguh tragis.
Bedah siasat sahkan beliau dirogol dan dicekik hingga mati.
Doktor malang ni kena bunuh dengan cara yang sangat ganas. Badan dia penuh dengan luka dengan mata berdarah, jari patah, mulut cedera dan yang paling tak sanggup nak bayang, dia juga alami pendarahan kat bahagian sulit.
Bukan setakat tu je, ada kecederaan kat perut, tangan, dan muka. Kaki dikepak jadi 90°. Paling tak boleh diterima sekali, 150mg air mani ditemui dalam tubuhnya dan beratus-ratus kesan gigitan manusia.
Tahu tak seorang manusia hanya boleh hasilkan 10mg air mani je?
Tapi untuk kes ni? Berapa ramai sebenarnya yang menyerangnya?
Yang lebih menyedihkan, dia kena semua ni kat tempat kerja dia sendiri, kat hospital yang sepatutnya jadi tempat paling selamat.
Tapi disebabkan tak ada bilik rehat yang proper untuk doktor perempuan, dia terpaksa tidur atas permaidani kat bilik seminar.
Macam mana pengurusan hospital boleh abaikan benda basic macam ni?
Kekeliruan dan Kecuaian Pihak Berkuasa
Lepas kejadian tu, macam-macam cerita dan khabar angin tersebar kat media sosial. Ada yang kata dia kena rogol ramai-ramai, tapi polis nafikan.
Dalam keadaan macam ni, pihak berkuasa patut cepat-cepat bertindak dan bagi info yang betul, bukannya biarkan orang ramai keliru.
Lebih memalukan, pihak hospital macam tak ambil serius je kes ni pada awalnya.
Patutnya diorang terus buat laporan, bukannya tunggu sampai keadaan jadi huru-hara baru nak ambil tindakan.
Mana perginya tanggungjawab diorang?
Lepas siasatan dibuat, polis tangkap seorang suspek pada 9 Ogos lepas jumpa headset Bluetooth dia di tempat kejadian.
Suspek ni seorang sukarelawan dengan pasukan pengurusan bencana Polis Kolkata dan juga ahli persatuan kebajikan polis.
Dia ni peninju terlatih dan ada kenalan dengan beberapa pegawai tinggi dalam Polis Kolkata.
Dia pernah ditugaskan di pos polis dekat kolej perubatan dan selalu jadi orang tengah untuk pesakit-pesakit yang dia kenal.
Suspek ni dah kahwin empat kali dan dikatakan suka mempermainkan perempuan serta ada rekod dera rumah tangga.
Menurut Polis Kolkata, dia mengaku buat jenayah tu. Tapi mak dia tetap pertahankan anak dia dan kata anak dia kena fitnah.
Tapi, takkan dia sorang je?
Pada 13 Ogos 2024, Mahkamah Tinggi Calcutta arahkan polis negeri serahkan kes ni kepada Biro Siasatan Pusat (CBI) sebab tak puas hati dengan siasatan yang dah dibuat setakat ni.
Mereka juga risau bukti-bukti mungkin akan dimusnahkan kalau polis negeri teruskan siasatan.
Protes Besar-besaran Seluruh Negara
Bila cerita ni tersebar, memang satu India bangkit. Para wanita turun ke jalanan buat protes besar-besaran sebab diorang dah tak tahan dengan keadaan ni.
Aktivis-aktivis pun bersuara, cakap yang kes ni bukti jelas betapa teruknya keadaan keselamatan untuk wanita kat India sekarang.
Indian Medical Association (IMA) pun join sekali dengan umumkan mogok besar-besaran doktor seluruh negara.
Diorang tak buat kerja 24 jam sebagai tanda protes dan desak supaya keselamatan kat hospital ditingkatkan terutamanya untuk doktor wanita.
Perdana Menteri India, Narendra Modi ada cakap pasal kes ni dan ajak rakyat renung balik apa yang berlaku.
Tapi persoalannya, adakah kerajaan dia akan buat sesuatu yang konkrit? Ke semua ni sekadar omong kosong je?
Kalau korang ingat, kes ni mirip dengan kes rogol dan bunuh kat Delhi pada tahun 2012.
Masa tu pun satu negara buat protes, undang-undang diperketat, tapi apa hasilnya?
Wanita kat India masih tak selamat. Budaya keganasan terhadap wanita masih berleluasa.
Bayangkan sampai ada rekod kejadian rogol di India berlaku dalam setiap 16 minit pada 2022.
16 minit!
Itu belum lagi cerita berpuluh-puluh ribu kes rogol setiap tahun dilaporkan dari 2001. Kalau yang tak dilaporkan pulak?
Sampai Bila Wanita India Akan Terus Jadi Mangsa?
Kisah tragis di Kolkata ni sekali lagi buktikan betapa bahaya hidup sebagai wanita kat India.
Walaupun undang-undang dah diperkemas, tapi realitinya wanita masih tak selamat.
Kita semua kena bangkit dan teruskan perjuangan untuk tuntut keadilan, bukan je untuk mangsa kat Kolkata, tapi untuk semua wanita kat India.
Sampai bila kita nak biar benda ni berulang? Dah tiba masa untuk perubahan sebenar!
#JusticeForMoumita
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source