Al-Kamil: Antara Jasa dan Kontroversi
Al-Sultan Kamil merupakan seorang Sultan dari Dinasti Ayyubiyah. Beliau merupakan anak kepada Al-Adil, adinda kepada Sultan Salahuddin Al-Ayyubi. Al-Kamil menaiki takhta pada 1218 menaiki takhta menjadi Sultan Mesir dan pada tahun 1238 menaiki takhta menjadi Sultan Damsyik.
Watak Al-Kamil ini sebenarnya mempunyai sedikit kontroversi. Namun, kontroversinya itu dipuji oleh sejarawan Barat. Sejarawan Barat memujinya kerana baginda telah berjaya berusaha untuk mengelakkan kerajaan dan negaranya daripada terjebak dalam kancah peperangan.
Misalnya, Al-Kamil pada era pemerintahannya, Beliau menghadapi ancaman Perang Salib yang Kelima. Perang Salib yang kelima ini menyaksikan pasukan Salib menyerang dan menyasarkan kerajaan Mesir. Oleh itu, pada 1218 Masihi, Pasukan Salib telah mengepung Damietta (Dumyat) dan menakluknya. Situasi ini membuatkan Mesir dalam keadaan yang genting kerana Mesir juga mempunyai konflik dalamannya yang tersendiri.
Justeru itu, pelbagai tawaran perdamaian yang dibuat oleh Al-Kamil antaranya menyerahkan semula “The True Cross” yang pernah dirampas oleh pasukan Salahuddin Ayyubi sewaktu Pertempuran Hattin.
Malahan, Sultan Al-Kamil juga turut menawarkan untuk Maharaja Frederick II, Emperor of Holy Roman untuk mendirikan semula kerajaan Latin di Al-Quds dalam perjanjian Jaffa. Perkara ini sebenarnya menimbulkan kemarahan kaum Muslimin amnya kerana Al-Quds dibebaskan oleh nendanya, Sultan Salahuddin Ayyubi dan Al-Kamil bermudah mudahan memberinya kepada Frederick II selama 10 tahun.
Al-Kamil sedar akan kemarahan ini, baginda kemudiannya menjustifikasikan dalam Al-Mufarrij Al-Kurub Fi Akhbar Bani Ayyubi karya Jamal Al-Din Muhammad Ibn Wasil katanya,
1) Kita hanya membenarkan Pasukan Salib mengambil alih Gereja dan Biara yang rosak sahaja
2) Masjid Al-Aqsa, Kubbah As-Shakrah dan lambang keagungan Islam masih megah berdiri di sana
3) Al-Quds tidak mempunyai pertahanan yang kukuh, justeru mudah untuk kita mengambil alih semula di kemudian hari.
Itu antara justifikasinya. Akhirnya, Al-Kamil berjaya mencegah bala yang membadai negaranya dan menyelamatkan negaranya dari jatuh ke kancah konflik Perang Salib.
Sejarawan Barat memujinya dalam ketika Al-Kamil mengalahkan pasukan Frank tetapi baginda masih membekalkan makanan untuk mereka. Inilah sifat Al-Kamil, sama ada jasa atau pun kontroversi inilah usahanya dalam menjaga keamanan dan kestabilan negaranya.
Oleh : Muqri Nizam
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source