Kolaborasi Kecantikan Rambut & Fesyen, Tsubaki x Doublewoot Lancar Koleksi Kirei Curated
Sebut sahaja tentang jerawat, baik lelaki mahupun perempuan, pastinya mereka tidak selesa jika wajah ditumbuhi jerawat. Masalah kulit ini terjadi apabila liang roma tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati.
Terdapat beberapa penyebab timbulnya jerawat dan antaranya adalah seperti berikut:
• Ubat-ubatan; mengandungi phenytoin, iodin, bromida, steroid, isoniazid & litium
• Penggunaa pakaian, peralatan yang terlalu ketat pada permukaan kulit yang bersentuhan
• Produk penjagaan kulit/rambut yang berminyak dan menyumbat liang roma
• Persekitaran berminyak, kotor
• Bakteria Propionibacterium acnes
• Perubahan hormone
• Androgen berlebihan seperti sindrom polisistik ovari
Bagi mereka yang mengalami masalah jerawat, beberapa jenis makanan telah dikenal pasti oleh para penyelidik dan ia mempunyai hubungan dengan peningkatan jerawat.
Jom kita semak antara makanan yang boleh menyebabkan jerawat makin bertambah teruk.
1. Makanan tinggi Indeks Glisemik (IG)
IG merujuk kepada berapa cepat makanan yang mengandungi sumber karbohidrat meningkatkan paras gula dalam darah selepas makan makanan tersebut. Apabila paras gula dalam darah naik dengan cepat, ia menyebabkan penghasilan insulin yang banyak. Insulin akan lebih mengaktifkan hormon androgen dan meningkatkan hormon insulin-like growth factor (IGF-1). IGF-1 ini yang terlibat dalam pembentukan jerawat dan menghasilkan lebih banyak sebum.
Antara makanan yang tinggi IG adalah;
• Roti/beras putih/pulut
• Oat segera/bijirin sarapan
• Pasta
• Kentang/ubi keledek
• Kek/donat/biskut/muffin
• Air manis
• Kurma/nanas/laici dalam tin
2. Produk tenusu
Kajian mendapati susu akan menerukkan lagi pertumbuhan jerawat. Susu lembu mengandungi asid amino yang akan meningkatkan penghasilan IGF-1 dan menyebabkan pembentukan jerawat. Bagi produk tenusu yang lain seperti yogurt, kajian mendapati ia tidak menyebabkan jerawat kerana dalam proses pembuatan yogurt, kadar IGF-1 adalah rendah disebabkan proses penapaian.
3. Coklat
Kajian yang dijalankan pada 2016 mendapati bahawa lelaki berjerawat yang makan 25- grams 99% coklat gelap setiap hari selama 2 minggu meningkatkan jumlah jerawat. Kajian pada 2014 pula mendapati bahawa lelaki yang diberi kapsul 100% serbuk koko mengalami peningkatan jerawat selepas satu minggu.
Walaupun para pengkaji mendapati dengan makan coklat akan meningkatkan jerawat, namun, sebab sebenar kenapa coklat menyebabkan jerawat masih tidak diketahui.
4. Makanan segera dan berminyak
Makanan segera seperti burger, sosej, nugget, kentang goreng, dan soda dipercayai akan meningkatkan risiko jerawat. Antara kajian saintifik yang dijalankan terhadap remaja Cina dan lelaki Turki mendapati bahawa pengambilan makanan segera akan menyebabkan jerawat.
Bagi makanan yang berminyak pula, beberapa ahli dermatologist mengatakan bahawa makanan berminyak tidak menyebabkan jerawat. Jerawat dikaitkan dengan penghasilan minyak yang berlebihan daripada kelenjar minyak, namun makanan yang berminyak tidak mempengaruhi penghasilan minyak tersebut. Yang mempengaruhi penghasilan minyak daripada kelenjar minyak adalah hormon dan selalu dikaitkan dengan makanan tinggi indeks glisemik.
Makanan yang boleh kurangkan jerawat
Korang juga boleh cuba untuk mendapatkan sumber makanan yang dikatakan dapat mengurangkan masalah jerawat jadi lebih teruk.
1. Makanan rendah Indeks Glisemik
Contoh makanan yang rendah indeks glisemik termasuklah:
• Produk wholegrain
• Buah-buahan (epal, tembikai, pisang, pir)
• Sayur-sayuran (Kubis, brokoli, tomato)
2. Zink
Makanan yang mengandungi zink termasuklah:
• Kekacang (Gajus, almond, kacang tanah)
• Daging
• Biji labu
• Makanan laut (Udang, tiram,salmon
• Telur
3. Antioksidan dan lemak omega-3
• Ikan (salmon, kembung, parang, sardine, tuna)
• Kekacang (almond, hazelnut, kacang merah)
• Bijian (chia, labu)
• Telur yang diperkaya omega-3
4. Vitamin A dan E
Vitamin A
• Lobak merah
• Tuna
• Keledek
• Bayam/brokoli/salad
Vitamin E
• Kekacang (almond/hazelnut/kacang tanah)
• Biji bunga matahari
• Bayam/brokoli
Dijelaskan lagi, makanan-makanan tertentu hanya dapat membantu untuk mengurangkan dan menghilangkan jerawat tetapi tidak ada makanan yang pasti dapat menyembuhkannya. Jika korang mengalami masalah jerawat teruk pula, dapatkan nasihat daripada doktor sebelum mengubah diet bagi memastikan perubahan itu tidak merbahayakan kesihatan korang.
Sumber: Root of Science
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source