Lee Joon Gi Turun Malaysia September Ini, Janjikan Vokal Mantap Meski Lebih Popular Sebagai Pelakon ‘Historical K-drama’
Apakah rahsia di sebalik kelangsungan kerjaya bintang K-drama popular, Lee Joon Gi selama 18 tahun dalam industri seni hiburan Korea Selatan?
Hanya Joon Gi, 40 sahaja yang tahu laluan pahit manis yang dilaluinya selama ini. Apa yang pasti, selagi Joon Gi ingin berkongsi momen istimewanya sebagai salah seorang selebriti Korea paling berjaya dan diminati sekarang bersama para peminat di Kuala Lumpur, well, we will not say no to that!
Buat julung kalinya, Lee Joon Gi bakal mengadakan pertemuan pertamanya bersama peminat di Malaysia dalam jelajah bersiri 2024 Lee Joon Gi Asia Tour ‘Joongi’s Day: Festival’ in Kuala Lumpur pada 22 September ini di Mega Star Area.
Ini juga merupakan penampilan sulungnya di sini selepas pernah menjayakan persembahan di Singapura pada tahun 2017.
Joon Gi sememangnya lebih dikenali ramai sebagai seorang pelakon lelaki berkaliber yang banyak kali menjayakan watak dalam drama bergenre historical K-drama. Tidak hairanlah apabila beliau digelar sebagai ‘Raja Sageuk’ atau Raja Drama Bersejarah kerana setiap sentuhannya menerusi genre tersebut akan membuahkan impak terhadap penonton.
Antaranya termasuklah drama Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo (2016), Scholar Who Walks The Night (2015), Arang and the Magistrate (2012) dan iljimae (2008) yang masing-masing telah membolehkan Joon Gi memenangi pelbagai anugerah lakonan serta undian atau sekurang-kurangnya tercalon.
Terbaru pada tahun 2022, Joon Gi sekali lagi menarik tumpuan pengkritik dengan aksi mantapnya menerusi drama bersiri mini, Again My Life. Malah, beliau juga membuat debut dalam dunia perfileman Hollywood menerusi filem ‘Resident Evil: The Final Chapter’.
Begitupun, Joon Gi telah berjanji untuk memastikan vokalnya berada pada tahap terbaik untuk Joongi’s Day: Festival in Kuala Lumpur ini. Bukan sahaja korang akan berpeluang berinteraksi dengan beliau tetapi juga dapat menyaksikan persembahan menarik dengan gerak tari serta vokal mengkagumkan.
Tambahan pun sebagai penyanyi, Lee Joon Gi pernah mengeluarkan beberapa buah lagu terutamanya untuk dimuatkan sebagai runut bunyi k-drama seperti For One Day (Arang and the Magistrate), Accepted, For Us dan Can’t Be Slow.
REMAJA merasakan Joon Gi pasti akan menyanyikan semula lagu-lagu OST daripada drama lakonannya.
Joongi’s Day: Festival in Kuala Lumpur dianjurkan oleh Lo-Fi Entertainment dan Hit Maker Entertainment, dengan Sliding Doors Entertainment sebagai penganjur bersama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source