Bayi hidap kanser mata tahap 4, minta duduk dalam peti ais setiap malam akibat kimoterapi
Perkongsian video seorang bayi hidap kanser mata tahap 4 di platform TikTok telah meraih perhatian ramai ketika bapanya membawa duduk dalam peti aias.
Menerusi sesi siaran langsung pempengaruh Acap S yang dimuat naik seorang pengguna TikTok, bapa bayi berkenaan memberitahu anaknya akan meminta untuk duduk dalam peti ais sebelum tidur.
Jelasnya, ia akibat kesan daripada kimoterapi yang baru sahaja dijalani anaknya, baru-baru ini.
“Biasa bang malam-malam ni dia pelik sikit minta duduk dalam peti ais. Dia baru lepas kimoterapi. Jap saya masukkan dia dalam peti ais.
“Dia macam nilah bang, setiap malam kalau dia nak tidur nak masuk dalam peti ais,” katanya.
@yulilamisyu Part ni paling sedih Allahh.. kau angkatlah segala kesakitan ank ini.. #fyp
Bayi hidap kanser mata tahap 4
Memetik portal mStar, bapa bayi yang dikenali sebagai Nur Hisham hanya bekerja di estet manakala isteri tidak bekerja dan duit gajinya hanya mampu membayar bil air dan elektrik.
Nur Hisham berkata, anaknya, Alisa Umairah didiagnos menghidap kanser mata ketika berusia setahun.
Dia yang kini berusia setahun sembilan bulan itu telah selamat menjalani pembedahan membuang kedua-dua belah matanya pada Mei dan Julai lalu, dan memakai mata palsu.
Dedah Nur Hisham, dia terpaksa menjual motosikal, satu-satunya aset kenderaan yang dimiliki untuk keluar mencari rezeki buat keluarga kecilnya.
Katanya, dia tidak dapat bekerja sepenuh masa kerana perlu membawa anaknya ulang-alik ke hospital di Kuala Lumpur, mereka sekeluarga pula menetap di Labis, Johor.
“Kami ke sana naik kereta api. Pendapatan saya sebenarnya hanya lepas bayar bil api, air dan makan apa adanya.
“Kadang-kadang terpaksa minta bantuan rakan pinjam duit.
“Untuk ke mana-mana, buat masa ini, saya pinjam motosikal milik ibu dahulu. Biarpun begitu, saya dan isteri berusaha sedaya upaya kerana bagi kami, kesihatan Alisa perlu diberi keutamaan,” katanya lagi.
Artikel lain: Bakal nikahi Shila Amzah tahun ini, Ubai tunggu ibu selesai rawatan kimoterapi
Walaupun berhadapan dengan kesukaran, dia dan isterinya berusaha sedaya upaya demi kesihatan anak mereka.
Dalam pada itu, Nur Hisham menyatakan dia tidak berniat untuk meraih simpati orang ramai, namun berterima kasih kepada mereka yang berkongsi rezeki dan mendoakan kesihatan anaknya.
Sumber: TikTok @yulilamisyu
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source