Meninggal ketika dilahirkan? Abby Abadi tak tahu anak bersalin bayi pramatang
Pelakon Abby Abadi tak tahu anak bersalin bayi pramatang dan cucu sulungnya meninggal dunia seperti mana dilaporkan media, hari ini.
Abby atau nama penuhnya, Arbaiyah Abdul Maan berkata, ketika ini dia juga masih belum mendapat sebarang berita sahih daripada anaknya, Marissa Dania Hakim berhubung perkara tersebut.
“Tak tahu. Serba tak tahu buat masa sekarang.
“Saya tak tahu nak nasihat apa,”jawabnya ringkas ketika dihubungi mStar Online.
Abby Abadi tak tahu anak bersalin
Terdahulu, sumber Harian Metro memberitahu bayi sulung kepada anak perempuan pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania meninggal dunia ketika dilahirkan dalam keadaan pramatang.
Marissa yang juga personaliti media sosial dan model muslimah dikatakan hamil enam bulan telah dibawa ke hospital selepas mengadu sakit perut
Kejadian tersebut berlaku pada hari kejadian, Marissa dan suami, Aslam menghadiri sebuah acara pelancaran produk.
Artikel lain: Dilahirkan pramatang, bayi sulung Marissa Dania & Aslam meninggal dunia
Menurut sumber lagi, bayi itu selamat dikebumikan pada keesokan harinya, selain perkara itu diketahui oleh bapa Marissa iaitu Norman Hakim dan orang terdekat sahaja.
Sementara itu, usaha untuk mendapat komen daripada Norman Hakim mengenai berita tersebut tidak berhasil apabila telefon dan mesej dihantar tidak dibalas.
Terdahulu, Marissan dilihat memuat naik gambar makanan untuk wanita sedang berpantang di Instagram Story, selain meletakkan gambar suaminya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source