Rita Rudaini luah rasa yang tak pernah dikongsi kepada anak2 -“Boleh ke kamu terima?”
Pelakon hebat, Rita Rudaini luah rasa yang tak pernah dikongsi kepada anak-anak melalui media sosialnya apabila turut memuat naik gambar-gambar mereka bersama.
Perkongsian yang dibuat oleh pelakon berkenaan pastinya mencuri perhatian ramai apabila dia seakan berasa kurang sempurna sebagai seorang ibu walaupun ramai melihat pelakon terbabit sudah memberikan yang terbaik buat dua orang cahaya matanya.
Rita Rudaini luah rasa, anggap tak sempurna sebagai seorang ibu
Ujar Rita, dia selalu risau tentang masa hadapan anak-anaknya dan akan rasa bersalah jika tidak ada bersama mereka.
Dia juga akui letih dan penat namun akan terus berusaha demi kedua buah hatinya wakalupun perlu berkorban untuk kebahagian mereka.
Artikel lain: Rita Rudaini bangga, anak cemerlang akademik & olahraga -“Pecah rekod MSSD”
Rita Rudaini luah rasa, rasa ‘hancur’ jika anak2 sedih
Tambah pelakon Racun Raihanna itu lagi, dia sedar dirinya tidak sempurna dan bertanya adakah anak-anaknya dapat menerima kekurangan diri kerana dia akan ‘hancur’ jika melihat kedua orang anak tersayang berada dalam kesedihan.
“Mommy akan rasa bersalah jika tak pernah ada dgn kamu,
Mommy sangatt bangga walau apa saja pencapaian kamu walau sekecil kecil apa pon,
Mommy tahu mommy tidak sempurna, boleh ke kamu terima?
Hati mommy akan hancur bila kamu dlm kesedihan,” tulisnya.
Contoh wanita kuat
Perkongsian tersebut sudah tentu mendapat perhatian apabila membuatkan ramai tersentuh melihat kehidupan Rita sebagai seorang ibu tunggal yang membesarkan anak-anak yang kini sedang meningkat dewasa.
Mereka juga menganggap pelakon terbabit sebagai ‘idola ibu tunggal’ kerana begitu kuat dalam memberikan yang terbaik buat kedua-dua anak lelakinya.
Ibu yang hebat, biar pun tanpa seorang suami
Patut jadi ikon ibu Malaysia
Sekadar info, pemilik nama sebenar, Rita Rudaini Mokhtar, 48 itu mempunyai dua orang cahaya mata iaitu, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Kedua-duanya merupakan anak kepada Rita Rudaini dan bekas pemain bolasepak kebangsaan, Aidil Zafuan sebelum mereka berpisah pada tahun 2013.
Sumber: Instagram ritrud727
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source