Kopi atau teh? Sabah bakal bawa minuman ikonik ke MATTA Fair 2024
Selain terkenal dengan keunikan alam semulajadi, hidupan liar dan banyak lagi, Sabah juga menjadi destinasi agropelancongan yang menghasilkan gabungan minuman paling aromatik di Sabah iaitu Kopi Yit Foh dan Teh Sabah.
Susulan itu, MATTA Fair 2024 yang akan berlangsung pada bulan September ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur dengan kerjasama Tourism Sabah bakal menghimpunkan kedua-dua tarikan ini bagi mempamerkan minuman ikonik mereka!
MATTA Fair 2024 bawakan minuman ikonik dari Sabah!
Kedua-dua minuman ini bakal dipamerkan di Zon Sabah sebagai tarikan pelancong yang terkenal, sekaligus mempertingkatkan kehadiran negeri Sabah di MATTA Fair edisi ini sebagai destinasi pilihan bersama Sarawak untuk ‘Discover Borneo: Malaysia’s Favourite Destination’.
Untuk pengetahuan anda, Kopi Yit Foh adalah jenama kopi terkenal dari Sabah yang ditanam, dituai, dipanggang, dikisar dan dibungkus secara tempatan.
Menjadi perintis kepada industri kopi di Negeri Bawah Bayu, Taman Kopi Yit Foh di Kampung Chinta Mata, Tenom kini menjadi sebuah destinasi pelancongan yang popular disamping turut mempunyai kemudahan tempat penginapan yang menawan.
Sementara itu, Ladang Teh Sabah, satu lagi tempat penghasilan minuman ikonik Sabah turut menjadi pilihan pelancongan dengan keindahannya yang tak terkata.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Tourism, Julinus Jimit berkata Ladang Teh Sabah adalah salah satu daripada ladang teh organik di dunia yang mana daunyya dituai di kaki Gunung Kinabalu yang terletak kira-kira 2,272 kaki dari paras laut.
“Suhunya yang dingin kerana lokasinya yang terletak di kawasan tanah tinggi membolehkan hasil kualiti tuaian Teh Sabah banyak dan segar disamping kaya dengan rasa meskipun tanpa sebarang pewarna tambahan,” katanya.
Selain itu, Teh Sabah juga menawarkan pelbagai pilihan hidangan inovatif seperti minuman teh pandan dan kuih lempeng buatan sendiri.
Sama seperti Yit Foh, Teh Sabah juga memiliki sebuah resort yang dinamakan Sabah Tea Resort yang menawarkan kemudahan kepada pengunjung untuk menikmati perucitan yang santai disamping menghayati keindahan Gunung Kinabalu.
Tidak cukup dengan itu, Sabah Tea Resort juga menawarkan pilihan pengianan seperti ruamh panjang, kabin, banglo atau tapak perkhemahan yang luas untuk mereka yang gemar membuat stargazing dan tidur di bawah bintang.
Artikel lain: Tawar produk berkualiti tinggi, SZBLOOMS anjur Pesta Portmeirion: Jiwa Merdeka!
Lawatan ke ladang teh ini juga menawarkan manfaat lain seperti mengajar pengunjng cara pemprosesan daun teh disamping boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti rekreasi di Sapaon, mendaki denai ke puncak Bukit Kamunsu atau ‘night walk’ untuk memerhati serangga unik.
“Ladang Teh Sabah juga menjadi sebahagian daripada sejarah Perarakan Maut Perang Dunia Kedua. Pakar mengesan laluan Sandakan Death March dan mendapati laluan yang dilalui tawanan perang (POW) melintasi ladang teh itu.
“Apabila menyedari kepentingan sejarah tapak tersebut, pengurusan Ladang Teh Sabah telah membina sebuah tugu peringatan,” ujar Julinus.
Susulan itu, Tourism Sabah orang ramai dijemput untuk datang dan berkunjung ke Zon Sabah di MATTA Fair 2024 yang bakal berlangsung di MITEC Kuala Lumpur.
Jangan lupa untuk sertai permainan ‘Kumpul 3 untuk Menang’ Treasure Hunt anjuran Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dan berpeluang untuk menang hadiah-hadiah yang menarik.
Pada masa yang sama, STB juga menawarkan baucer rebat pelancongan bernilai sehingga RM150 dengan setiap pembelian transaksi yang dibuat daripada mana-mana ejen dan hotel berdaftar dari Sabah.
Sri Pelancongan Sabah, anak syarikat STB juga akan hadir sebagai pempamer untuk mempromosikan pelbagai acara pelancongan yang akan diadakan di Sabah.
Lawati Zon Sabah di MATTA Fair 2024
Sertailah Lembaga Pelancongan Sabah dan 33 agensi pelancongan yang mengambil bahagian dari Sabah, dalam Pameran Matta yang akan datang. Pakej pelancongan pelbagai aktiviti dari gunung tinggi ke lautan dalam dan pelbagai tawaran eksklusif khas untuk pengunjung MATTA.
Pameran Matta akan berlangsung pada 6-8 September 2024, di MITEC Kuala Lumpur dari jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam. Untuk maklumat layari lama web www.sabahtourism.com .
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source