Sedih niat didik Azal dikecam, Zarina Zainuddin dedah pernah ‘diramas’ anak autisme lain
Pelakon, Zarina Zainuddin dedah bahagian dadanya pernah ‘diramas’ oleh anak autisme lain selepas meluahkan rasa sedih apabila niat mendidik anaknya, Azal atau Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan kerap dikecam netizen.
Zarina Zainuddin dedah pernah ‘diramas’ anak autisme lain
Menerusi hantaran yang dibuat Zarina di Instagram, dia akui menangis membaca komen-komen yang ditulis netizen di media sosial apabila menuduhnya membuka aib anak sendiri.
“Orang DM saya bagitahu macam macam pada saya. Terima kasih yang prihatin, yang mendoakan saya dan anak anak.
“Orang cakap bodoh punya mak pergi buka aib anak . Kalau aib, anak saya buka seluar tunjuk benda benda tak senonoh,” tulisnya.
Zarina Zainuddin dedah menangis baca komen
Ujarnya lagi, dalam video yang tular sebelum ini, dia ada sahaja menasihati supaya Azal tidak menonton perkara yang bukan-bukan kerana perkara tersebut tidak elok.
Zarina juga mengatakan ibu bapa yang mempunyai anak sepertinya pasti faham kerana bagi mereka yang normal sudah tentu menganggap ia adalah sesuatu yang kotor namun sukar untuk diterangkan kepada anak-anak autisme.
“Saya juga ada menasihatkan anak saya di hujung video itu begini. “Sebab tu Azal jangan tengok benda benda yg pelik pelik, tak elok”,
“Adakah kata-kata seperti itu aib?” .
“Dekat luar sana, banyak anak-anak syurga yang ada macam-macam masalah yang sama. Orang normal akan cakap benda ni kotor, tapi bagi kami ibu bapa yang ada anak-anak autism ni, macam mana nak terangkan pada masyarakat..
‘Awak normal, saya normal, tapi anak2-anak ini perlu dididik agar mereka faham benda tu salah, jangan tengok nanti boleh merangsang ke arah begitu, susah nak explain,” jelas Zarina lagi.
Artikel lain: “Saya takkan maafkan orang yang sakitkan hati saya lagi” -Zarina Zainuddin
Zarina Zainuddin dedah apa yang dirasa, minta disekat atau unfollow jika tak suka
Dihujung perkongsian berkenaan, pelakon terbabit meminta agar netizen yang tidak suka akan perkongsiannya boleh saya menyekat atau berhenti mengikuti media sosial miliknya.
Dia enggan menjadikan kecaman-kecaman dari netizen yang tidak faham situasi dihadapi sebagai punca mentalnya terganggu.
Ada yang saran henti kongis video2 macam tu
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata meninggalkan komen pelbagai diatas posting luahan pelakon terbabit.
Ada di antara mereka masih lagi meminta supaya Zarina berhenti dari berkongsi hal-hal yang mungkin boleh mengaibkan anak-anaknya serta mengudang kecaman daripada pihak yang tidak faham dengan apa yang dilaluinya/
Bukan semua benda kena tunjuk di media sosial
Mungkin perkongsiannya sebagai bentuk pelajaran buat masyarakat
Terdahulu, Zarina telah berkongsi video sewaktu Azal mengadu bahawa alat sulitnya ‘keras’ setiap kali bangun daripada tidur di waktu pagi.
Perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai komen negatif apabila merasakan tindakan Zarina sebagai keterlaluan walaupun niatnya hanya ingin berkongsi kehidupan seorang ibu yang mempunyai anak-anak autisme.
Sumber; Instagram zarinazainuddin
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source