Kieda Crepe selesai cuci rahim akibat keguguran, akui sakit seperti bersalin
Usahawan pencuci mulut, Kieda Crepe selesai cuci rahim akibat keguguran kandungannya yang baru sahaja dimaklumkan minggu lalu.
Menerusi perkongsian di media sosial, Kieda menjelaskan bahawa proses tersebut berasa amat sakit sama seperti bersalin, namun perbezaannya adalah tiada bayi yang keluar seperti diharapkan.
Kieda Crepe selesai cuci rahim, sedar2 sakit perut sangat
Menurut Kieda, proses tersebut berjalan sekitar satu jam lebih dan apabila sedar semuanya telah selesai.
Dia mengatakan perutnya terasa sakit setelah proses tersebut sama seperti ketika melahirkan.
“Alhamdulillah selesai semuanya , sedar-sedar sakit sangat perut ni. Sakit rengat bersalin , Ya Allah sebiji sakit macam bersalin ada baby, tapi baby takda,” tulisnya.
Kieda Crepe selesai cuci rahim, sakit seperti bersalin tapi anak tiada
Dia juga mengakui berasa hiba apabila perlu berpantang tanpa anak selepas mengalami keguguran walaupun sebelum ini ada memaklumkan bakal menimang tiga orang cahaya mata kembar.
Sakit hilang anak , sakit cuci keguguran , semoga jiwa tak sakit
Selamat berpantang tanpa anak kieda,” ujarnya.
Artikel lain: Kieda Crepe alami keguguran, tiada rezeki anak kembar 3-“Patutlah alah makin hilang..”
Hebat ujian buat Kieda
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata memberikan kata-kata semangat kepada usahawan tersebut.
Mereka juga mendoakan agar urusan Kieda dipermudah dan semoga anak-anak kembarnya menjadi asbab dia kesyurga.
Allah bagi ujian buat insan yang hebat
Terus kuat demi anak2
Terdahulu, pemilik nama sebenar Khalieda Yusra telah memaklumkan bahawa dia dan suami tidak mempunyai rezeki memperoleh bayi kembar tiga apabila mengalami keguguran beberapa minggu lalu selepas memberitahu bakal menimang cahaya mata baru selepas 5 tahun menanti.
Sumber: Instagram kiedx
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source