Wira Kudung Kaki Yang Menawan Lima Puncak Gunung!
Dia menggunakan dua kotak kayu seberat hampir 3 kg sebagai kakinya atau kasutnya. Dalam nada berjenaka, dia mengatakan yang kotak itu juga boleh digunakan untuk mempertahankan diri!
Setiap pagi, selepas bangun tidur, perkara pertama yang dilakukan Chen Zhou adalah mencari cermin mata dan dua buah kotak kayunya. Sejak umur 13 tahun, dia telah memakai berdozen kotak kayu kecil sebagai pengganti kaki kudungnya.
Dia dilahirkan pada 1983, dan ibu bapanya bercerai ketika dia masih kecil. Datuk dan neneknya membesarkannya, tetapi mereka sangat miskin sehingga dia akhirnya meninggalkan rumah pada usia muda dan mencari jalan untuk mencari rezeki.
Pada suatu hari, semasa menaiki kereta api, dia sedar bahawa dia menuju ke arah bertentangan daripada destinasinya, jadi dia membuat keputusan untuk melompat. Tindakan sewaktu zaman remaja ini membuatkan kakinya terputus! Walaupun dia terkejut, dia terus berfikir bahawa dia hanya perlu menyambung semula kakinya dan melompat semula ke kereta api.
Nasibnya baik, seorang pekerja kereta api bernama Baohua Sun menyelamatkan nyawa remaja itu. Bayaran perubatannya telah dilunaskan hasil derma daripada orang ramai.
Selepas itu, Chen mula melakukan pelbagai kerja untuk menampung hidupnya dengan menjual surat khabar, menggilap kasut dan mengumpul sisa sampah. Pada usia 18 tahun, dia menyertai kumpulan muzik orang kurang upaya dan menjadi penyanyi.
Pada tahun-tahun berikutnya, Chen dan rakan-rakannya yang kurang upaya mengembara ke lebih kurang 20 wilayah dan majlis perbandaran, mengadakan konsert di jalanan, yang memberikannya gelaran “penyanyi yang mengembara”.
Ketika itu, Chen Zhou tidak dikenali sesiapa pun. Dia cuma seorang penyanyi jalanan yang mengembara di tepi-tepi jalan China yang sibuk. Suatu hari, takdir dirinya berubah. Ketika menyanyi di tepi jalan, seorang lelaki menghampirinya dan bertanya, “Bolehkah kamu datang ke hospital kami untuk bercakap dengan beberapa kanak-kanak?”
Chen menjawab: “Saya menyanyi dengan baik, tetapi saya tidak pasti saya boleh bercakap dengan baik.” Namun lelaki itu meyakinkannya untuk bercerita sahaja tentang dirinya.
Chen berkata dia kemudian sedar bahawa ucapan adalah cara yang lebih bermakna untuk mendekati orang ramai berbanding menyanyi. Sejak itu, dia telah memberikan banyak ceramah di seluruh negara, kerana kisah inspirasinya terus menyentuh hati ramai orang.
Paling menarik, meskipun kudung kedua-dua kaki, Chen seorang yang gemar mendaki gunung. Dia menawan puncak Gunung Tai China sebanyak 13 kali. Malah, dia juga telah mendaki Lima Gunung Suci yang terkenal di China pada tahun 2012.
Chen telah berkahwin dengan isterinya yang dikenalinya ketika menyanyi di jalanan pada 2002 dan mempunyai dua orang anak. Pada tahun 2012, apabila Chen memutuskan untuk mendaki Lima Gunung Suci yang terkenal di China bersama isterinya, dia mempunyai kejutan istimewa untuknya. Di puncak gunung terakhir, Chen menganjurkan majlis khas untuk meraikan ulang tahun ke-10 perkahwinan mereka.
Hari ini, Chen adalah seorang penceramah yang terkenal dan sangat dihormati yang menarik ramai orang dalam majlis yang dihadirinya. Ucapan yang disampaikannya banyak memberi inspirasi dan galakan buat khalayaknya. Dia juga kini sedang belajar di sekolah keperluan khas demi mengejar cita-citanya menjadi guru.
Kisah Chen ini mengingatkan saya pada satu hal yang dibincangkan dalam buku Same As Ever, iaitu kebanyakan perkara lebih sukar daripada apa yang dilihat dan tidak seseronok seperti yang disangka. Kita mungkin mendengar kisah inspirasi Chen dan hidupnya yang baik sekarang, tapi dugaan sebenar hidupnya tanpa kaki itu hanya dia yang mengetahuinya.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source