Puteri Sarah ketawa peminat minta rujuk, takkan kembali kepada Syamsul Yusof
Pelakon Puteri Sarah ketawa peminat minta rujuk kembali dengan bekas suami yang juga pengarah, Syamsul Yusof sebaik sahaja urusan perceraian dengan isteri, Ira Kaza selesai.
Pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menegaskan, dirinya tidak mahu dikaitkan lagi dengan bekas suami.
Jelasnya, hubungan mereka berdua hanya sekadar berkawan dan membesarkan anak-anak meskipun sudah berpisah.
“Saya hanya mampu ketawa sahaja. Tak kot (rujuk). Cukuplah kami sekadar berkawan dan sama-sama menjaga anak.
“Kalau boleh saya memang tak nak lagi dikaitkan dengan Syamsul,” katanya.
Puteri Sarah ketawa peminat minta rujuk
Disoal mengenai kemelut rumah tangga Syamsul dan Ira Kazar, aktres jelita itu memilih untuk tidak masuk campur urusan meskipun ada segelintir pihak menyifatkan ia sebagai kifarah buat anak perempuan pelakon veteran, Kazar Saisi.
Jelasnya, dia juga mengetahui isu rumah tangga bekas suami menerusi hantaran berita di media sosial.
“Saya tak nak komen tentang itu, tidak baik. Saya, keluarga dan mentua pun tahu mengenai perkara itu menerusi Instagram (IG) .
“Kami memang tak tahu apa-apa dan tak nak ambil tahu tetapi sebagai keluarga kita doakan yang terbaik sahaja untuk mereka berdua,” ujarnya.
Puteri Sarah berkata, dia hanya mempu mendoakan yang terbaik buat Syamsul dan Ira.
Syamsul tak pernah culas, jalan tanggungjawab sebagai bapa
Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata itu memaklumkan bekas suaminya tidak pernah culas menjalankan tanggungjawab kepada anak-anaknya meskipun berhadapan dengan masalah.
“Syamsul ada jumpa anak-anak. Itu tetap tanggungjawab dia.
“Apa yang berlaku pada dia, itu saya bukan urusan saya,”kata Puteri Sarah.
Sebelum ini, Syamsul telah memfailkan perceraian terhadap Ira berikutan tidak ada lagi persefahaman antara mereka dan bersedia untuk melepaskan isterinya pada 27 Ogos lalu.
Bagaimanapun, perkara tersebut terpaksa ditangguhkan kerana Ira telah melantik peguam bagi urusan berkenaan.
Susulan itu, sebutan kes penceraian mereka ditetapkan ke tarikh baharu iaitu pada 25 September depan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Taman Seri Keramat, Selangor.
Terdahulu, Syamsul dan Ira menggemparkan industri hiburan apabila mereka berkahwin di Selatan Thailand pada 6 Januari 2023.
Artikel lain: Puteri Sarah nafi rujuk dengan Syamsul Yusof, dah ‘move on’ -“Berita palsu!”
Perkara itu disahkan Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu.
Rentetan itu, Puteri Sarah sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.
Sumber: mStar Online (Amin Hazlan)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source