Kecoh! Hafiz Suip ditumbuk, disembur pepper spray selepas solat Jumaat
Kecoh di media sosial memperlihatkan pelatun lagu Awan Nano, Hafiz Suip ditumbuk selepas terlibat dalam satu pergaduhan di sebuah jalan raya selepas solat Jumaat dekat Kuching, Sarawak.
Menerusi video tular tersebut, penyanyi berusia 34 tahun dilihat menghentak but hadapan sebuah kereta yang dipercayai milik lelaki terbabit sehingga membuatkannya ditumbuk.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku akibat provokasi daripada individu tidak dikenali dan bekas juara Anugerah Juara Lagu (AJL) dilihat cuba mengasari pemandu berkenaan.
Hafiz Suip ditumbuk
Tampil memberikan penjelasan, seorang individu dipercayai rakan karib Hafiz, berkongsi kronologi kejadian di laman Facebook pada Jumaat.
Menurut rakan Hafiz dikenali Uthman Daud, insiden berkenaan berlaku selepas penyanyi itu dan beberapa rakannya menziarahi kediaman peminat artis itu yang genap 100 hari meninggal dunia.
Jelasnya, pertelagahan menjadi semakin besar selepas Hafiz dan individu berkaitan berhenti di tengah jalan sebelum berlakunya pertengkaran.
“Selepas solat kami dalam perjalanan untuk membeli hamper ziarah rumah keluarga peminat Hafiz Suip yang meninggal dunia kerana semalam adalah hari ke-100 pemergiannya.
“Ketika dalam perjalanan, ada sebuah kenderaan ‘mencucuk’ dari belakang. Maka, provokasi pun berlaku antara kedua-dua pihak.
“Kemuncaknya adalah apabila pemandu tersebut berhentikan kereta kami. Kedua-duanya marah dan keluar dari kenderaan,” katanya menerusi perkongsian Facebook.
Disembur cecair pemedih mata
Tambah Uthman, secara tiba-tiba pemandu berkenaan datang ke arah Hafiz lalu menyembur muka penyanyi itu dengan cecair pemedih mata.
Dia kemudiannya cuna meleraikan pergaduhan, namun diri sendiri juga menjadi mangsa.
“Tiba-tiba pemandu itu menyembur muka Hafiz dengan cecair pemedih mata. Saya cuba leraikan keadaan tetapi pemandu itu masih meluru ke arah Hafiz.
“Dalam keadaan saya cuba leraikan, muka saya juga disiku dan disembur cecair sama, jadi saya pun melepaskan tumbukan selepas melihat dia terlalu agresif,” ujarnya lagi.
Artikel lain: Hafiz Suip nafi kurus sebab bahan terlarang – “Saya jaga kesihatan, pergi gim..”
Buat laporan polis, dapatkan rawatan
Uthman memberitahu Hafiz atau lengkap Mohd. Hafiz Mohd. Suip kini sedang menerima rawatan di hospital dan laporan polis telah dilakukan.
“Selepas itu, kami ke balai polis untuk membuat laporan dan sekarang masih di hospital bagi menerima rawatan kerana kulit masih pedih hingga kini,” jelasnya.
Namun, sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan polis berhubung kes tersebut dan Hafiz juga tidak membuat kenyataan berkaitan kejadian menimpa dirinya.
Sumber: X jllmisai, FB Uthman Daud
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source