Kalau tak pakai berdosa! Tom belum sedia berhijab, akui sukar tunai permintaan suami
Penyanyi, Tom belum bersedia berhijab apabila suaminya Fuad Rahman dan anak-anak pernah menyuarakan hasrat melihatnya memakai tudung.
Akui penyanyi berusia 38 tahun itu, permintaan itu agak sukar untuk ditunaikan kerana dia masih belum bersedia dan meminta mereka bersabar.
“Dulu anak-anak saya okey (tak bertudung), tapi selepas Fuad ada, mereka minta saya pakai tudung sebab kalau tak pakai berdosa.
“Fuad ada juga minta saya pakai tudung, tapi saya cakap nanti dululah. Saya tak nak bila sudah pakai buka balik sebab belum bersedia,”katanya.
Dalam pada itu, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram berseloroh dan memberitahu suaminya yang juga penyanyi selalu mengajarnya ke arah kebaikan, namun dia sahaja ‘tak baik’.
Tom belum sedia berhijab
Pun begitu, bekas juara program realiti My Star LG3 itu sedang berusaha ke arah lebih baik terutama dari segi penampilan.
“Saya sekarang sudah mula membeli baju lebih sopan sebab Fuad bising.
“Dia tak nak saya pakai seksi sebab malu orang lihat isteri berpenampilan begitu,”katanya lagi.
Artikel lain: Tom dedah kekasih gelap Aliff Aziz ganggu suami, hantar mesej sejak 2022
Tom, Fuad bakal tunai umrah
Sementara itu, Tom memaklumkan dia dan suami bakal menunaikan umrah pada tahun hadapan meskipun akui bimbang akan dirinya seorang pendosa.
“Fuad memang ada ajak saya mengerjakan umrah, tahun depan. Saya sebenarnya takut kerana bimbang kena sumpah.
“Saya pun solat masih tak betul. Tapi, Fuad tetap pujuk saya untuk pergi ke Tanah Suci Makkah bersama.
“Insya-Allah doakan saya,” katanya lagi.
Sekadar info, Tom dan Fuad berkahwin di Batam, Indonesia pada 23 Februari tahun lalu dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Anggun yang kini berusia tujuh bulan.
Untuk rekod, Fuad mempunyai dua orang cahaya mata yang masing-masing berusia 18, dan 20 tahun menerusi perkahwinan pertama.
Manakala Tom pula pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan dikurniakan tiga anak.
Sumber: BH Online (Farihad Shalla Mahmud )
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source