Aisyah Hijanah fail cerai terhadap Aliff Teega, tiada sesiapa hasut buat keputusan
Personaliti media sosial, Aisyah Hijanah fail cerai terhadap Alig Teega pada Ogos lalu, lapor mStar Online.
Menurut Aisyah, dia memfailkan tuntutan cerai itu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Ampang, Selangor.
“Dari bulan lepas sebenarnya (Ogos fail cerai), doakan saya sebab ujian saya sangat berat,” katanya.
Artikel lain: Alif Teega & Aisyah Hijanah ceria kongsi pengalaman ketika dalam tahanan SPRM
Aisyah bagaimanapun enggan berkongsi lanjut mengenai keputusannya memfailkan cerai dan memberitahu ia terlalu peribadi untuk dikongsikan
Namun, Aisyah atau nama penuhnya Aisyah Hijanah Azhari, 26, memohon agar orang ramai mendoakan urusan rumah tangganya dipermudahkan kerana ujian dialaminya ketika ini sangat berat.
Aisyah Hijanah fail cerai terhadap Aliff Teega
Ibu kepada tiga cahaya mata ini memberitahu, keputusannya untuk bercerai adalah pilihannya sendiri dan tiada sesiapa yang mempengaruhinya.
“Saya tak nak kongsi lebih lanjut sebab ia sangat peribadi dan libatkan ramai orang.
“Tidak mengapa sebab saya sendiri memang pilih jalan untuk berpisah, bukan disebabkan sesiapa,” jelasnya.
Sekadar info, Aisyah dan Aliff Teega atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017.
Hasil pernikahan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif, dan Safiyyah Hijanah.
Pada 18 November lalu, Aliff telah membuat keputusan berkahwin buat kali kedua dengan Fatin Umaidah di Thailand ketika Aisyah sedang sarat mengandung.
Sumber: mStar Online (Amin Hazlan)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source