MINDEF lancar Program e-Perkasa SPM YLTAT bersama UPSI bagi perkasa pendidikan anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) melancarkan Program e-Perkasa SPM Yayasan LTAT (YLTAT) bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi memperkasakan pendidikan anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Menerusi satu kenyataan, MINDEF berkata program rintis itu bakal memberi manfaat kepada seramai lebih 969 orang anak-anak warga ATM seluruh negara.
MINDEF lancar Program e-Perkasa SPM YLTAT bersama UPSI
Program yang berasaskan konsep mentor-mentee dengan menggunakan platform digital seperti Google Meet dan YouTube Live tersebut merupakan persediaan untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.
Sementara itu, Program e-Perkasa SPM YLTAT dan UPSI juga membantu pelajar untuk mengukuhkan kefahaman selain memperkasakan usaha pemindahan pengetahuan dan kepakaran antara kedua-dua pihak.
Program e-Perkasa SPM YLTAT bersama UPSI perkasa pendidikan anak ATM
Dalam pada itu, seramai 35 orang pelajar telah menerima sumbangan peranti Chromebook sumbangan Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) bagi memudahkan para pelajar mengikuti sesi pembelajaran dengan lebih praktikal.
Artikel lain: Malaysia teroka kerjasama dengan Turkiye babit aspek pertahanan – MINDEF
Pelancaran itu berlangsung selepas demonstrasi penanaman hidroponik oleh Associate Professor in Electrical Engineering Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHN), Profesor Madya Ts. Dr. Siti Amely Jumaat di kem Mahkota, Kluang Johor pada Jumaat.
Program e-Perkasa SPM YLTAT bersama UPSI diharap beri manfaat kepada anak ATM
Turut hadir ke majlis itu adalah Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Indera Zahari Mohd Ariffin; AKS Sumber Manusia, Mejar Jeneral Dato’ Norsham Md Tap; Ketua Eksekutif YLTAT, Dato’ Dr. Mohd Nizar Sudin; Naib Canselor UPSI, Prof Dato’ Dr. Md Amin Md Taff dan Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Ir. Azizul Azily Ahmad.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source