Ramai ‘cair’ lihat Sabri Yunus & Angeline Tan jawab soalan
Pasangan selebriti, Sabri Yunus & Angeline Tan jawab soalan sewaktu ditanya tentang perkara yang mereka kurang suka antara satu sama lain telah membuatkan ramai tersenyum.
Saling tegur menegur
Menerusi video yang dikongsi media sosial TV Alhijrah, Sabri dan Angeline Tan jawab soalan tentang rumah tangga sekaligus menjelaskan bahawa mereka sentiasa saling tegur-menegur dalam banyak hal supaya ikatan suami isteri berjalan dengan baik.
Sabri Yunus & Angeline Tan jawab soalan berkaitan rumah tangga
Menurut Sabri, dia menyatakan jika melihat Angeline ada melakukan kesilapan ataupun kesalahan, dia akan mencari masa yang sesuai bagi menegus isteri tercinta.
“Sebenarnya kami ini saling tegur-menegur antara satu sama lain.
Kalau dia melakukan kesilapan, selalunya saya biarkan dahulu kemudia cari masa yang sesuai untuk tegur.
Melalui teguran itu, saya akan kata bahawa sesuatu yang dibuat Angeline itu tidak kena dan sebagainya.
Tetapi kalau diikutkan, Angeline lagi banyak tegur saya sebenarnya,” ujarnya.
Angeline Tan jawab soalan, akui suami tegur demi kebaikan
Dalam pada itu, Angeline juga mendedahkan bahawa segala teguran yang diberikan suami pasti diterima dengan baik kerana percaya setiap apa yang diperkatakan adalah bertujuan untuk memperbetulkan kesilapannya.
“Bila abang tegur, semua Angeline terima sebab dia adalah orang yang paling dekat dengan saya.
Teguran dia untuk kebaikan saya dalam memperbetulkan kesalahan dan kelemahan saya,” katanya.
Artikel lain: Syukur dapat tajaan umrah, Angeline Tan belajar agama dengan ‘Ustaz Sabri Yunus’
Best betul hubungan macam ni
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian netizen apabila kemesraan yang ditunjukan oleh pelakon sitkom ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ berkenaan benar-benar membuatkan ramai cair lebih-lebih lagi komunikasi mereka yang sangat bahagia.
Ada juga yang berseloroh mengatakan mahu berpindah ke planet lain serta meminta mereka yang masih ‘single’ untuk bertabah melihat pasangan suami isteri terbabit.
Kalau macam ni sweet, rasa nak ikut jela pak cik yang pergi matahari tu
Beratur la giliran nak lipat bumi
Planet paling jauh di mana?
Sekadar info, Sabri Yunos dan Angeline Tan atau nama Islamnya Ardini Angeline Tan selamat mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober tahun lalu.
Mereka telah dinikahkan oleh Mufti Perlis iaitu Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza.
Sumber: TikTok TVAlhijrah
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source