Lepas jumpa PM New Zealand, Khairul Aming berlari kejar ‘flight’ bawa 100 staf bercuti
Pempengaruh tersohor, Khairul Aming berlari kejar flight bagi membawa 100 staf dari kilang Sambal Nyet untuk pergi bercuti selepas berjumpa Perdana Menteri New Zealand.
Menerusi perkongsian Khairul Aming di Insta Story, dia memaklumkan akan membawa 100 stafnya untuk percutian tahunan mereka.
Khairul Aming berlari kejar flight nak sambut staf2
Pemilik nama sebenar, Khairul Amin Kamarulzaman, 32 juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan kepadanya diatas pertemuan bersama Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon siang tadi.
Ujarnya, dia tergesa-gesa untuk mengejar pesawat bagi menyambut staf-staf dari kilang Nyet.
Artikel lain: Perdana Menteri New Zealand jumpa Khairul Aming, masak roti jala & sarapan bersama
Khairul Aming berlari kejar flight bawa staf bercuti, sambal & dendeng tak jual seminggu
Tambah Khairul Aming lagi, sepanjang percutian tersebut, tiada sebarang jualan sambal ataupun Dendeng Nyet pada minggu ini kerana mahu memberi peluang staf-staf menikmati percutian mereka.
“Tiada sebarang jualan sambal dan Dendeng Nyet untuk minggu ini. Kita nak bagi staf berehat dan enjoy their holiday,” tulisnya.
Baru lepas jumpa PM New Zealand
Terdahulu, pempengaruh dan juga usahawan berjaya ini telah berpeluang bertemu dengan PM New Zealand dan bersarapan bersama-sama.
Dia turut menyajikan roti jala kepada PM negara tersebut selain daripada beberapa lagi juadah tempatan yang pasti menyelerakan.
Pertemuannya dengan Christopher Luxon adalah sebagai tanda penghargaan pihak kerajaan New Zealand kepadanya kerana diatas konten video memasak yang dibuatnya di negara berkenaan sebelum ini.
Sumber: Instagram khairulaming
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source