MB Kedah mengaku nikahi anggota polis, isteri pertama pinang sendiri madu
MB Kedah mengaku nikahi anggota polis selepas spekulasi berkenaan perkahwinan keduanya mulai bertebaran sejak beberapa minggu lalu.
Menerusi laporan dari Astro Awani, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan proses perkahwinannya dibuat mengikut undang-undang perkahwinan dan isteri pertama, Tok Puan Jusmalailani Jusoh yang meminangkan wanita berkenaan bagi pihak dirinya.
Jelasnya, pinangan tersebut telah dibuat berbulan dahulu dan majlis perkahwinan juga berjalan dengan lancar.
“Saya (nak maklumkan saya sudah) kahwin dengan polis, isteri saya pergi meminang, pinangan itu dibuat oleh isteri saya, berbulan (bulan) dahulu,” katanya.
MB Kedah mengaku nikahi anggota polis, majlis berjalan lancar
Ujar Sanusi lagi, majlis sudah berjalan dengan lancar dan isteri pertama serta anak-anak turut ada sewaktu pernikahannya dengan anggota polis wanita berkenaan.
“Alhamdulillah (majlis berlangsung dengan) sempurna, teratur dan beres, (pada) hari pinangan (dan) hari perkahwinan, isteri (pertama) saya ada (bersama), anak-anak saya (juga) hadir, semua proses yang kena buat untuk (perkahwinan) itu semua dipatuhi, jadi tidak ada isu,”katanya lagi.
Artikel lain: PU Syed tegur Sanusi nyanyi lagu raya atas pentas-“Cukup-cukuplah.. tak bagus”
MB Kedah mengaku nikahi anggota polis, berdiam diri kerana tak perlu disensasikan
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, pendedahan yang dilakukan bertujuan untuk mengelak sebarang spekulasi atau fitnah yang lebih besar keatas dirinya serta ahli keluarga.
Beliau juga memilih mendiamkan diri sebelum ini bagi mengelakkan sebarang cerita tidak benar kerana perkahwinan bukanlah sesuatu yang perlu disensasikan.
Benda-benda (perkahwinan) macam itu tidak patut jadi sensasi, masyarakat (sepatutnya) kena didik, (nak) sensasi (apa-apa pun) mesti kena ada ilmu apa semua, saya tak berhasrat buat pengumuman itu (sebelum ini) sebab saya nak elak benda sensasi yang tak perlu,
Jadi (apabila) hampa ligan (kejar), saya pun kesian tengok hampa, saya pun maklum (harini), saya rasa tidak ada isu apa, saya ada kuota dua lagi,” katanya berseloroh.
Terdahulu, spekulasi Menteri Besar Kedah berkahwin lagi satu telah kecoh diperkatakan di media sosial memandangkan tularnya satu gambar seorang wanita berpakaian anggota polis dikatakan isteri baru MB terbabit.
Namun begitu, tidak ada sebarang pengesahan mahupun kesahihan tentang khabar angin tersebut dan ia seakan berlalu sahaja.
Sumber: Astro Awani (Abdul Hadi Che Awang)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source