Tindakan pemandu bas jadikan murid sekolah konten TikTok tak boleh diterima -Nancy Shukri
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Shukri menegaskan bahawa tindakan pemandu bas jadikan murid sekolah konten TikTok tak boleh diterima dan sepatutnya tidak dinormalisasikan.
Hal tersebut dinyatakan beliau susulan tularnya tangkapan layar video TikTok seorang pemandu bas yang menjadikan murid-murid sekolah rendah sebagai konten dan ditonton jutaan viewers.
Arahkan JPKK buat report atas tindakan pemandu bas
Ujar Nancy, pihaknya telah mengarahkan pegawai Jabatan Pembangunan Kanak-kanak (JPKK) untuk membuat laporan polis dan sedia memberikan kerjasama dalam siasatan akan datang.
“Tingkah laku ini tidak diterima dan tidak sepatutnya dinormalisasi.
“Saya telah mengarahkan pegawai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) membuat laporan polis dengan kadar segera dan kami sedia memberi kerjasama kepada D11 IPK Johor,” tulisnya di platform X.
Video tindakan pemandu bas ditonton jutaan viewers
Difahamkan, pemandu bas dengan pengikut lebih daripada 600,000 pengguna di aplikasi TikTok telah memuat naik konten berkenaan murid sekolah termasuklah murid perempuan dengan kapsyen yang tidak sesuai.
Dia yang merakam video-video tersebut tanpa disedari oleh murid terbabit telah menghadirkan pelbagai komen di ruangan TikTok berkenaan.
Artikel lain: Tak beri laluan murid melintas? Kereta Alza disepak pengawal sekolah
Apa yang dilakukan pemandu bas itu salah
Menurut Nancy Shukri lagi, berkongsi gambar dan video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa mereka adalah satu tindakan melanggar hak dan privasi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.
Terdahulu, tular di platform X apabila tangkapan layar konten-konten TikTok milik satu akaun pemandu bas yang menjadikan murid sekolah yang dibawa sebagai ‘modal’ untuk meraih tontonan yang banyak di platform berkenaan.
Pelbagai kapsyen yang kurang sesuai ditulis ke atas video yang memaparkan kanak-kanak perempuan yang dibawa sehingga mengundang rasa kurang senang banyak pihak terutamanya ibu bapa.
Sumber: X JatIkhwan, NancyShukri
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source