Abang Tesla bakal saman 3 individu, geram hal rumah tangga dicampuri orang lain
Pempengaruh, Abang Tesla bakal saman 3 individu susulan tindakan beberapa pihak yang berlebihan dalam meninggalkan komen berkaitan rumah tangganya bersama isteri-isteri.
Menerusi hantaran yang dibuat Abang Tesla di Insta Story, dia seakan berang apabila pelbagai tuduhan dibuat sedangkan dia hanya berdiam diri sahaja walaupun pelbagai perkara negatif dilontarkan kepadanya.
Abang Tesla bakal saman 3 individu, nak beri pengajaran
Ujar pemilik nama sebenar, Mohammad Khaliltizam Yusri, 28 dia akan mengambil tindakan undang-undang kepada tiga individu termasuklah pengguna media sosial yang didedahkan itu sebagai bentuk pengajaran.
Perkara itu dibuat bagi mengelakkan mereka terus sesuka hati mencampuri urusan rumah tangga orang lain dan seakan paling tahu keadaan sebenar.
“Aku diam korang menjadi-jadi pulak.
Esok saya akan saman 3 individu untuk dijadikan pengajaran kepada semua yang masuk campur acah terpaling tau dalam rumah tangga, yang menghina seolah-olah tau sema dalam sampai katil rumah saya terus” tulisnya.
Artikel lain: Sorok kelahiran anak pertama, Abang Tesla mahu jaga hati masing-masing
Abang Tesla bakal saman 3 individu, hina dia serta tuduh isteri perkara tak benar
Perkongsian berkenaan dibuat susulan satu komen yang menghinanya dengan pelbagai gelaran dan menuduh isteri pertama, Nurmajdina Jamari hanya terpaksa bertahan sahaja dalam rumah tangga tersebut.
Netizen tersebut turut meminta agar Abang Tesla membuat perniagaan lain dengan isteri kedua dan bukannya meneruskan perniagaan dengan isteri pertama sahaja.
Terdahulu, tular di media sosial satu tangkapan layar memberitahu bahawa isteri kedua Abang Tesla selamat melahirkan zuriat pertama mereka.
Hal tersebut menjadi kecoh apabila beberapa posting isteri pertamanya menjadi perhatian sehingga Abang Tesla serta isteri kedua teruk dikecam netizen.
Susulan daripada itu, pempengaruh tersebut menjelaskan alasan mengapa dia tidak menghebohkan berita tentang kelahiran anaknya adalah untuk menjaga hati banyak pihak dan memohon supaya orang ramai berhenti melemparkan kata-kata negatif kepada kedua-dua isterinya.
Sumber: Instagram abg.tesla
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source