Kakak luah gusar lepas pemandu bas ditahan -“Nak kena berhenti kerja ke hantar anak?”
Kakak luah gusar lepas pemandu bas ditahan susulan konten-konten memaparkan murid sekolah di dalam bas dengan kapsyen yang tidak sesuai.
Mengaku sebagai kakak kandung
Pengguna Facebook yang mendakwa kakak kandung kepada pemandu bas tular telah memuat naik satu komen di platform berkenaan dengan mengesahkan bahawa pemandu itu adalah adiknya dan murid sekolah di dalam video merupakan anaknya.
Kakak luah gusar siapa nak hantar anak
Dalam pada itu, dia juga memuat naik satu hantaran di platform sama dengan bertanyakan bagaimana hendak menghantar anak ke sekolah selepas ini apabila pemandu bas berkenaan telah ditahan reman.
Dia juga melemparkan pertanyaan sama ada perlukah dia berhenti kerja ataupun merempit untuk memastikan anaknya ke sekolah.
“Nak kena berhenti kerja hantar anak sendiri ke? Ke merempit?” tulis pengguna Facebook itu sambil menyertakan sekali gambar anaknya.
Artikel lain: Sebelum dicekup, pemandu bas buat live TikTok ‘sembang’ masih boleh tersenyum
Kakak luah gusar, tapi sudah padam posting
Walau bagaimanapun, menjengah semula ke akaun wanita terbabit, posting berkenaan dilihat sudah tiada dan berkemungkinan telah dipadam olehnya.
Pemandu bas yang membuat konten melibatkan murid-murid sekolah didalam bas itu difahamkan telah direman selama lima hari selepas tangkapan dilakukan pada 2.57 pagi tadi.
Terdahulu, tular di media sosial tangkapan layar beberapa video pemandu bas menyentuh bibir, mengusap kepala dan membetulkan tudung murid sekolah yang berada di dalam bas dipandu olehnya.
Perkara tersebut membuatkan Menteri PWKM tanpil bersuara menegaskan bahawa tindakan tersebut tidak boleh dinormalisasikan dan segera meminta pihak JPKK membuat laporan polis.
Setakat ini, siasatan telah dijalankan di bawah peruntukan kesalahan Seksyen 15 (a) (iii) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 15 (2) Akta Kanak-Kanak 2001 dan pemandu bas berkenaan direman selama lima hari.
Akaun TikTok dengan pengikut lebih 600,000 juga sudah lepas beberapa jam seleps ditahan.
Sumber: Facebook
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source