Kes Bayi Maut di Taska, MINDEF Bantu Cepatkan Permohonan Pegawai Tentera Dan Guru
Kementerian Pertahanan (MINDEF) komited untuk mempercepatkan proses permohonan perubahan penempatan tugas bagi seorang anggota yang mengalami kehilangan anaknya berusia lapan bulan di sebuah taska baru-baru ini.
Menurut Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, kementerian memahami betapa sukarnya situasi yang dihadapi oleh Mejar Mohd Fikry Amri Abdul Halim, 39, dan isterinya, Sabrina Hakiem Zaini, 39, yang telah menunggu selama 13 tahun untuk memperoleh cahaya mata.
Lebih menyedihkan, bayi lapan bulan, Muhammad Al Fateh Fikry Amri itu baru lima hari dihantar ke taska di Taman Kelemak Utama. Malah ibu mangsa yang bertugas sebagai guru sanggup mengambil cuti tanpa gaji selama setahun.
“Buat masa ini, kita akan berusaha untuk membantu Mejar Mohd Fikry Amri, yang bertugas di Kem Perdana Sungai Besi, agar dia dapat tinggal sebumbung dengan isterinya yang menetap dan bekerja di Melaka. Permohonan untuk perubahan penempatan ini akan dipertimbangkan, tetapi ia juga bergantung pada kelulusan pihak berkuasa perkhidmatan pertahanan,” ujar beliau selepas melawat keluarga tersebut di rumah mereka di Taman Kelemak Utama.
Adly juga menambah bahawa kementerian akan memastikan kesejahteraan keluarga ini terjaga dengan memberi sokongan psikologi yang diperlukan, terutamanya untuk Mejar Mohd Fikry Amri, yang jelas paling terkesan dengan kejadian ini.
“Kita akan terus pantau dan berikan bantuan, termasuk sokongan psikologi, bagi memastikan kestabilan emosi keluarga ini, yang seterusnya boleh mempengaruhi perkhidmatan anggota berkenaan,” tambahnya.
Beliau juga menggesa pihak berwajib, khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat, agar lebih tegas dalam memastikan taska swasta mematuhi undang-undang dan mempunyai lesen yang sah untuk beroperasi.
Kejadian tragis ini melibatkan bayi Muhammad Al Fateh Amri yang ditemui tidak sedarkan diri dengan keadaan hidung berdarah di sebuah taska sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Alor Gajah. Seorang pengasuh taska berusia 34 tahun kini direman selama seminggu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Takziah diucapkan kepada keluarga bayi 8 bulan yang telah kembali ke rahmatullah di taska. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan kesabaran kepada ibu bapa dalam menghadapi dugaan yang amat berat ini. Doa kami bersama kalian. Al-Fatihah.
Sumber: Sinar Harian
The post Kes Bayi Maut di Taska, MINDEF Bantu Cepatkan Permohonan Pegawai Tentera Dan Guru appeared first on Pa&Ma.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source