Angeline Tan kekal positif meski tiada tawaran berlakon selepas berhijab
Walaupun sudah lama tidak menerima tawaran berlakon selepas tampil dengan imej berhijab namun, pelakon Ardini Angeline Tan kekal positif dalam menjalani kehidupan seharian.
Menerusi laporan Berita Harian, Angelina percaya rezekinya masih belum tiba selain memberitahu hanya ditawarkan watak sampingan dalam sebuah drama.
Angeline Tan kekal positif
“Tawaran berlakon memang tiada langsung sejak bertudung hampir setahun lalu. Kalau ada pun setakat watak sampingan dalam drama Perang Nasi Dagang.
“Itupun sebab pengarahnya mahu saya berlakon bersama suami. Kalau nak kata tawaran secara peribadi memang sudah lama tiada,” katanya.
Bukan itu sahaja, pelakon drama komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu memberitahu tidak pernah meminta tawaran berlakon daripada mana-mana produksi sebaliknya percaya pada rezeki yang ditetapkan Allah.
Artikel lain: Tular khabar angin isteri hamil, Sabri Yunus bersuara -“Fitnah paling kelakar”
“Saya rasa semua orang kenal dan faham saya. Selama 30 tahun dalam bidang, saya tak pernah minta ‘job’ pada sesiapa.
“Dengan suami sendiri pun saya tidak pernah minta. Kalau ada tawaran yang sesuai, pasti mereka panggil saya.
“Saya selalu fikir kawan-kawan lain pun nak hidup. Jadi, kita semua perlu percaya pada rezeki yang ditetapkan oleh Allah,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, isteri kepada pelakon dan pelawak Sabri Yunus itu meluahkan rasa syukur apabila dia masih diberi peluang untuk menjayakan sebuah program televisyen.
Angeline Tan kekal positif
“Kalau tanya secara peribadi, saya nak sangat berlakon dan saya sejenis yang tak boleh duduk diam.
“Mula-mula saya rasa tak biasa duduk rumah. Lama-lama saya anggap mungkin ini masa yang sesuai untuk saya belajar dan mendalami ilmu agama.
“Julai lalu saya sepatutnya pergi kursus agama, tetapi saya tak dapat hadir ada tawaran stesen televisyen untuk menjayakan program,” luahnya.
Dalam perkembangan lain, Angeline dan Sabri bakal tampil menerusi program ilmiah berjudul Angeline Tanya Abang Jawab menerusi siaran TV AlHijrah pada 18 September 2024.
Setiap episod program ini menampilkan segmen di mana Angeline, bersama panel pakar jemputan, membincangkan topik-topik yang relevan, dari perspektif mudah difahami golongan Mualaf.
Sekadar info, Angelina berkahwin dengan Sabri Yunus pada 14 Oktober tahun lalu.
Sumber: Berita Harian (Farihad Shalla Mahmud)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source