“Tunggu kami di pintu syurga ye anakku” -Luah bapa bayi 8 bulan meninggal di taska
Luah bapa bayi 8 bulan meninggal di taska, Mejar Ir. Ts. Mohd. Fikry Amri Abdul Halim, 39 di Facebook ternyata begitu menyentuh hati apabila berharap anaknya, allahyarham Muhammad Al Fateh Amri supaya menunggu dia dan isteri di syurga kelak.
“Tunggu kami di pintu syurga ye anakku”
Menerusi hantaran di Facebook, Mohd. Fikry Amri berharap agar dapat bersatu kembali dengan anaknya yang meninggal dunia sewaktu berada di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (taska) di Taman Kelemak, Alor Gajah pada 6 September lalu.
“Daddy mummy rindukan gelak tawa Muhammad Al Fateh Amri. Tunggu kami di pintu syurga nanti ye anakku. Di akhirat nanti boleh bawa daddy mummy masuk syurga sama-sama. Al Fateh main la dulu dengan anak-anak syurga yang lain,” tulisnya.
Luah bapa bayi 8 bulan meninggal di taska, bersyukur diberi pinjaman
Dalam pada itu, dia yang bertugas sebagai Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Kem Perdana, Sungai Besi, Kuala Lumpur meluahkan rasa syukur kepada Allah S.W.T kerana diberi pinjaman selama lapan bulan sebelum cahaya mata yang dinanti selama 13 tahun itu dijemput semula Maha Pencipta.
“Allah pinjamkan Al Fateh kepada kami untuk 8 bulan. Kami sangat bersyukur. Pemergianmu bukan satu kehilangan tapi menjadi asbab untuk kami jadi lebih baik. Al Fatihah…”katanya lagi.
Luah bapa bayi 8 bulan meninggal di taska, pemergian mungkin asbab jadi lebih baik
Tambahnya, pemergian Al Fateh bukan satu kehilangan buat mereka tetap mungkin asbab untuk menjadi lebih baik dikemudian hari.
Dia juga berharap agar orang ramai dapat menyedekahkan al-Fatihah buat bayi syurga itu.
Artikel lain: Bayi 8 bulan meninggal di taska disahkan akibat lemas -Polis
Salam takziah tuan & isteri
Perkongsian yang dibuat oleh Mohd. Fikry Amri telah mendapat respon daripada kenalan dan juga warganet apabila masing-masing menzahirkan ucapan takziah diatas pemergian zuriat pertamanya bersama isteri, Sabrina Hakiem Zaini.
Mereka juga mendoakan urusan Mohd Fikry dan isteri dipermudah dan terus kuat menghadapi ujian daripada Allah S.W.T.
Semoga urusan kalian dipermudah
Pasti ada pelangi selepas hujan
Al-Fatihah buah anak syurga
Terdahulu, tular di media sosial apabila berita tentang pemergian seorang bayi berusia 8 bulan yang dipercayai akibat lemas selepas dihantar di taska di Taman Kelemak.
Difahamkan, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) taska berkenaan memperlihatkan seorang pengasuh telah menyumbat botol susu ke mulut Al Fateh dan menekup bantal ke wajah bayi berkenaan.
Susulan daripada itu, seorang pengasuh wanita berusia 34 tahun telah ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: Facebook Mohd Fikry Amri
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source