Beli kereta baru, Dahlia Rizal syukur berjaya capai simpanan RM500,000
Personaliti media sosial, Dahlia Rizal syukur berjaya capai simpanan RM500,000 sebelum tahun 2024 melabuhkan tirai lagi beberapa bulan.
Pemilik nama Nur Dahlia Ahmad Rizal berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Instagram Story, baru-baru ini.
Model berusia 23 tahun itu berkata, ia merupakan antara ‘goals’ yang mahu dicapai dan ditulis pada 4 Januari tahun lalu sebelum mendirikan rumah tangga dengan bekas peserta Hero Remaja 2020, Imran Aqil.
Dahlia Rizal syukur berjaya capai simpanan RM500,000
Dalam hantaran tersebut, Dahlia juga dilihat berkongsi beberapa impiannya dan suami yang mahu dicapai pada tahun 2024.
“Belum kahwin lagi tapi masih nak resolusi 2024. Banyak sangat yang tak capai lagi tahun ini dan banyak juga yang dah capai tanpa kami sangka,”tulisnya di Instagram Story.
Meskipun tidak semua impian masih belum berjaya dicapai, namun bersyukur dengan segala rezeki yang dikurniakan Allah SWT.
Dia juga menyimpan hasrat dan berdoa agar empat bulan terakhir ini, dia dan suami berpeluang mencapai resolusi 2024 mereka.
Artikel lain: Hampir setiap malam! Dahlia Rizal kongsi rutin, suami bacakan taklim sebelum tidur
Berdasarkan perkongsian Dahlia Rizal, antara impian yang berjaya dicapainya dan suami adalah memiliki kereta baharu, melebarkan sayap dengan membuka pernigaan sendiri, mempunyai simpanan sebanyak setengah juta dan banyak lagi.
Untuk rekod, pasangan itu selamat bernikah di Ayer Keroh, Melaka pada September tahun lalu selepas setahun mengikat tali pertunangan.
Sumber: IG Dahlia Rizal
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source