Polis serbu rumah amal, selamatkan 402 penghuni disyaki jadi mangsa eksploitasi
Pihak polis serbu rumah amal dan selamatkan 402 penghuni yang terdiri daripada kanak-kanak serta remaja berusia antara setahun hingga 17 tahun.
Memetik laporan dari Berita Harian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan yang pihaknya mengesyaki 20 rumah amal tersebut melakukan kesalahan dalam kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan lain.
Polis serbu rumah amal didik penghuni meliwat & diliwat
Menerusi siasatan dilakukan, 20 rumah amal yang diserbu oleh pihak polis menerusi Op Global adalah kendalian ‘Global Ikhwan Service and Business Holding’ (GISBH) menjalankan modus operandi dengan mengajar dan mendidik mangsa cara meliwat dan seterusnya mangsa diliwat oleh penjaga sebelum dipaksa untuk meliwat penghuni kanak-kanak yang lain.
Polis serbu rumah amal, 18 di Selangor, 2 di Negeri Sembilan
Op Global yang telah dijalankan antara jam 6-11 pagi hari ini telah menyelamatkan seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun dari 20 rumah amal dikendalikan kumpulan perniagaan yang dikatakan bermotif agama di sekitar Selangor (18) dan dua di Negeri Sembilan.
Mangsa terdiri 201 kanak-kanak serta remaja lelaki dan 201 perempuan yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan.
Artikel lain: Kakak buka tabung derma ‘atas dasar kemanusiaan’ untuk bayar ikat jamin Abang Bas
Polis serbu rumah amal, penghuni dihukum dengan objek dipanaskan
Dalam pada itu, Razarudin menyatakan bahawa mangsa yang tidak sihat juga tidak dibenarkan untuk mendapatkan rawatan di klinik sehingga keadaan mereka menjadi kritikal.
“Mangsa kanak-kanak dan sentimen agama digunakan untuk menagih simpati bagi mendapatkan sumbangan.
“Menggunakan objek yang dipanaskan bagi mencederakan mangsa sebagai tanda menghukum atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu menyentuh tubuh mangsa dengan alasan melakukan rawatan secara perubatan Islam,” katanya.
OP Global dilakukan bersama beberapa agensi
Difahamkan, pelaksanaan ‘Op Global’ membabitkan kekuatan 705 pegawai serta anggota polis dan dibantu 287 individu iaitu rakan strategik daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kimia Malaysia.
Tambahnya, hala tuju siasatan ‘OP Global’ setakat ini menjurus kepada kesalahan di bawah Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 611]; Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 [792]; Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670] Kanun Keseksaan [Akta 574] dan undang-undang lain yang sedang berkuat kuasa.
“Dalam tempoh 2011 hingga 7 September lalu, polis telah menerima 41 laporan polis terhadap kumpulan perniagaan itu termasuk 19 di Selangor, Negeri Sembilan (13), Perlis (1), Kedah (3),Pulau Pinang (2), Kuala Lumpur (1), Melaka (1), Johor (5),Pahang (2), Terengganu (1) dan Sabah (1),” katanya.
Setakat ini, pihak polis telah menahan 171 individu terdiri tenaga pengajar, penjaga asrama dan pengerusi pusat pengajian dimana 66 adalah lelaki dan 105 perempuan berusia 17 hingga 64 tahun.
Walau bagaimanapun, beliau menegaskan tiada sebarang penglibatan ahli politik dalam kegiatan kumpulan tersebut.
Para penghuni yang diselamatkan pula sedang menjalani saringan awal pemeriksaan kesihatan di fasilti disediakan sebelum proses dokumentasi akan dilaksanakan di Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur.
Sumber: Berita Harian (Asrol Awang)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source