Syamsul Yusof nasihatkan ibu bapa jangan stres, jaga kesihatan
Penerbit dan pengarah, Datuk Yusof Haslam mendedahkan anak lelakinya, Syamsul Yusof sempat nasihat untuk menjaga kesihatan sebelum kembali ke studio menyiapkan tugasan yang belum diselesaikan.
Menurut laporan HibGlam, Yusof dan isterinya Datin Patimah Ismail cukup gembira dengan kepulangan anaknya itu disisi keluarga telah menyajikan hidangan kegemaran Syamsul iaitu masak lemak kuning otak lembu.
Syamsul Yusof nasihatkan
Artikel lain: “Doa kami akhirnya termakbul walaupun ambil masa bertahun..” – Yusof Haslam
“Dia minta saya dan ibunya jangan stres. Kena jaga kesihatan. Itu pesan Syamsul.
“Apabila Syamsul menghubungi ibunya dan beritahu nak balik rumah jumpa kami berdua, saya panjatkan rasa syukur kepada Allah atas kemanisan dihadirkan buat keluarga kami.
“Sudah tentu ibunya paling teruja sampai minta ingatkan jangan lupa temankan dia ke pasar pagi semalam sebab nak beli paru serta otak lembu.
“Isteri saya kata dah lama Syamsul tak rasa lauk-pauk air tangannya terutama juadah kesukaannya iaitu masak lemak kuning otak lembu, cuma paru pula dah habis awal,” katanya.
Syamsul Yusof nasihatkan
Tambah Yusof lagi, dia enggan untuk mengungkit kisah lampau malah sudah lama memaafkan segala kekhilafan anak kesayangannya itu.
Sejak semalam, perkongsian Patimah Ismail di media sosial mendapat perhatian ramai apabila Syamsul dilihat sudah bertemu semula dengan keluarganya setelah bertahun-tahun tidak berhubung antara satu sama lain.
Sumber: HibGlam (Hanisah Selamat)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source