Liek Hou mahu guna insentif RM1 juta untuk bantu bekas atlet kurang bernasib baik
Jaguh badminton paralimpik, Cheah Liek Hou mahu guna insentif RM1 juta yang bakal diterima untuk membantu bekas atlet yang bernasib kurang baik.
Memetik laporan dari Bernama, Liek Hou memaklumkan yang perancangan tersebut dibuat selepas dimaklumkan bakal menerima insentif kemenangan RM1 juta daripada Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) susulan kejayaannya memenangi pingat emas dalam temasya Sukan Paralimpik Paris 2024.
Tiga tahun lepas beri kepada badan kebajikan
Menurut atlet berusia 36 tahun itu, sewaktu memenangi emas di Paralimpik Tokyo 2020, dia telah memberikan sebahagian daripada ganjaran kemenangan kepada kebajikan dan kali ini dia mempunyai satu lagi perancangan.
“Tiga tahun lepas saya sudah buat derma kepada badan kebajikan, anak yatim, orang kurang upaya (OKU) dan rumah orang tua. Jadi kali ini ada kelainan sikit, saya ingin membantu bekas alet yang berdepan kesusahan.” ujarnya.
Liek Hou mahu guna insentif RM1 juta bantu belas atlet
Selain daripada mahu membelanjakan ganjaran tersebut kepada mereka yang memerlukan, dia juga akan memberikan sebahagian sumbangan kepada bekas atlet yang dilihat memerlukan bantuan.
“Jadi mungkin saya akan keluar sedikit sumbangan kepada atlet-atlet yang sudah bersara dengan mempunyai fizikal yang kekurangan upaya atau dalam keadaan sangat-sangat susah,” katanya.
Artikel lain: Liek Hou mahu derma sebahagian RM1 juta yang bakal diterima kepada kebajikan
Perkara itu pernah dinyatakan sebelum ini apabila memaklumkan bahawa rezeki kemenangan yang diperoleh bukan untuk dirinya sahaja, tetapi juga buat masyarakat.
Dalam pada itu, Cheah Liek Hou juga menegaskan belum berkeinginan untuk menggantung raket kerana masih mahu bermain untuk mewakili negara.
Ujarnya, segala perancangan untuk bersara hanya akan diketahui apabila selesai temasya Sukan Para Asia 2026 di Nagoya Jepun.
“Saya akan tengok dua tahun depan di Sukan Para Asia. Kalau badan saya masih sanggup untuk mewakili, sihat dan cergas saya akan sambung lagi,” jelasnya.
Terdahulu, Liek Hou berjaya menyumbang emas pertama Malaysia di Paralimpik Paris 2024 selepas menumbangkan wakil Indonesia, Suryo Nurgoho straight set 21-13, 21-15 pada aksi final.
Sumber: Bernama
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source