“Lagi santai kawan” -Pemancing kongsi situasi panik jumpa harimau dalam hutan
Dua orang pemancing kongsi situasi panik jumpa harimau dalam hutan sewaktu sedang membaling joran.
Menerusi TikTok nazrie_iskandar, dia telah memuat naik detik cemas yang dihadapi rakannya sewaktu terserempak dengan ‘pak belang’ yang sedang menghampiri mereka ketika sedang memancing.
Pemancing kongsi situasi panik, harimau muncul bawa lari beg
Lebih membuatkan kedua-duanya terkejut adalah tindakan haiwan buas itu yang mengambil beg salah seorang daripada mereka sebelum membawa lari.
Nazrie yang sedang memancing meminta rakannya untuk tidak terlalu panik dan berjalan secara berundur tanpa memijak sebarang ranting kayu agar harimau dihadapannya tidak datang menerkam.
Pemancing kongsi situasi panik, baca doa & minta rakan gerak secara mengundur
Sambil memerhati gerak geri harimau terbabit, pemancing berkenaan membawa surah al-Fatihah dan doa Nabi Sulaiman sebagai ikhtiar untuk tidak diserang haiwan tersebut.
Selepas harimau berkenaan beredar, mereka segera memanjat pokok dan menghubungi rakan mereka untuk mendapatkan bantuan susulan kejadian tidak diingini itu.
Artikel lain: Shuib dedah arwah Siti Sarah pernah disihir, mendengus seperti harimau & jilat kaki
Respect dua2 tak panik
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan mereka berdua kerana tidak panik sehingga mampu mengawal keadaan sehingga berjaya menyelamatkan diri.
Ada juga daripada mereka yang berkongsi petua-petua yang diketahui daripada orang terdahulu jika bertemu dengan pak belang tersebut sebagai perlindungan di masa hadapan jika berhadapan dengan situasi sama.
Petua elak dari diserang haiwan2 liar, berbisa
Elok amal doa Nabi Sulaiman ketika masuk hutan
Pemancing selamat, masuk semula hutan hari ke-2 ambil beg
Dalam pada itu, pemancing yang dipercayai lelaki yang berhadapan dengan harimau berkenaan telah memuat naik hantaran di Facebook memberitahu dirinya dalam keadaan selamat.
Dia juga meminta untuk kenalan-kenalannya tidak terus menghubungi kerana sukar membalas satu persatu memandangkan sedang bercuti di Terengganu.
Buat mereka yang kerap masuk ke hutan, seeloknya mempelajari serba sedikit tentang ilmu hutan serta pastikan tidak berseorang kerana pelbagai risiko menanti seperti haiwan berbisa dan juga buas.
Sumber: TikTok nazrie_iskandar, Facebook Mohamad Azmir
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source