Nora Ariffin sahkan sudah rujuk semula dengan Dr Rushdi
Penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin sahkan sudah rujuk semula dengan suami, Dr Rushdi Ramli selepas dikhabarkan berpisah tempoh hari.
Memetik laporan dari Berita Harian, Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Wan Ariffin, 51, meluahkan rasa syukur kerana kemelut rumah tangganya sudah berakhir.
Nora Ariffin sahkan sudah rujuk tak lama selepas peristiwa tersebut
Ujarnya, dia dan suami rujuk semula tidak lama selepas peristiwa tersebut dan memberitahu perkara berkenaan kerana enggan berlakunya fitnah berkenaan tempoh edah.
Alhamdulillah dengan kuasa Allah SWT, suami sudah kembali rujuk. Manusia hanya merancang, namun Tuhan yang menentukan.
“Ia tidak lama selepas peristiwa berlaku. Saya beritahu bagi mengelakkan fitnah berhubung soal tempoh edah,” katanya.
Artikel lain: Nora Ariffin dedah tahu siapa yang paksa bekas suami lafaz cerai
Nora Ariffin sahkan sudah rujuk, harap jadi iktibar
Walau bagaimanapun, dia enggan mendedahkan butiran lanjut berkenaan proses rujuk dan tarikh ia berlaku.
Dalam pada itu, dia turut meminta agar orang ramai dapat mendoakan yang baik-baik buat mereka dan menjadikan apa yang telah berlaku sebagai satu bentuk iktibar.
“Semoga perkara yang sama tidak berulang,” ungkap lagi.
Terdahulu, penyanyi lagu Dipersimpangan Dilema memberitahu bahawa dirinya telah diceraikan selepas menunaikan solat subuh secara berjemaah.
Ketika itu suaminya telah dipaksa oleh seseorang untuk menceraikannya sehingga dia tertanya-tanya apa kesalahan yang dilakukan sehingga mendapat talak.
Disebabkan beremosi, dia merakam peristiwa tersebut dan memuat naik ke media sosial namun memadamnya tidak lama selepas itu.
Nora mengakui perkara tersebut merupakan satu kesilapan dan sudah memohon maaf kepada Dr Rushdi Ramli.
Sumber: Berita Harian (Farihad Shalla Mahnud)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source