Ayu Puteh mahu anak cepat kahwin, tak suka dituduh perosak rumah tangga Fattah & Fazura
Penerbit, Ayu Puteh mahu anak cepat kahwin susulan muncul pelbagai gosip tidak baik terutama dikaitkan sebagai perosak rumah tangga pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura, baru-baru ini.
Ayu atau Normashayu Puteh meluahkan perasaannya menerusi sebuah hantaran di Instagram Story, hari ini.
Ayu Puteh mahu anak cepat kahwin
Menerusi hantaran tersebut, penerbit berusia 48 tahun itu berkata, dia tidak suka melihat anaknya, Wanna Ali yang juga pelakon dikaitkan dengan kontroversi artis lain.
Ujarnya, gosip murahan tersebut secara tidak langsung telah menjejaskan imej anak perempuannya.
“Cepatlah kahwin dik (nama panggilan Wanna). Jangan single lama-lama.
“Gosip begini (negatif) tak suka la,”tulisnya.
Artikel lain: Wanna Ali tak tahu apa2, kongsi gambar dengan Fattah Amin cuma promosi drama
Terdahulu, Instagram Wanna Ali telah diserang oleh netizen susulan memuat naik gambar bersama Fattah Amin sewaktu aktor berkenaan menjadi perhatian ramai selepas berita isterinya, Fazura menfailkan tuntutan penceraian selepas tujuh tahun berumah tangga.
Bagaimanapun, Wanna atau nama sebenarnya Nor Syazwana Mohd Ali menjelaskan dirinya hanya menjalankan tugas untuk mempromosikan drama lakonannya bersama Fattah Amin iaitu Lelaki Melayu Terakhir yang hanya berbaki dua episod lagi.
Jelasnya lagi, dia baru sahaja tahu tentang isu melibatkan Fattah dan Fazura selepas menerima komen-komen daripada netizen dan secara kebetulan posting berkenaan drama tersebut dikongsikan.
Sumber: Instagram ayuputeh
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source