“GISB banyak baiknya dari buruknya”- Betty Banafe minta netizen jangan cepat menghukum
“GISB banyak baiknya…”
Demikian kata pelakon Betty Banafe mengenai isu membabitkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB) yang dilaporkan mengekspoitasi penghuni yang berusia setahun hingga 17 tahun.
Aktres berusia 45 tahun itu berkata, orang ramai tidak wajar sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman kepada GISB berhubung kontroversi melanda syarikat berkenaan.
“GISB banyak baiknya dari buruknya”
Menurutnya, kesalahan tersebut seharusnya diletakkan kepada individu terlibat dan bukannya keseluruhan organisasi tersebut.
Dia juga berharap agar masyarakat tidak mudah membuat andaian, sebaliknya membiarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka melakukan siasatan dengan telus mengenai kes tersebut.
“bagi saya GISB banyak baiknya daripada buruknya. Saya nak ingatkan pada semua, setiap dugaan itu ada asbabnya.
“Fokus pada individu buat salah, jangan hukum persatuan atau syarikat itu,”katanya.
Artikel lain: Haramkan GISBH jika benar, ini bukan ajaran Islam- Akmal Saleh
Dalam pada itu, pemilik nama Betty Ibtisam Abu Bakar Benafe meluahkan rasa bangga dengan kewujudan GISB kerana memberikan imej yang kuat dalam ekonomi yang dikuasai oleh pengamal beragama Islam.
Tegasnya lagi, orang ramai diminta tidak tergopoh-gapah membuat andaian buruk kerana ia perkara tidak disukai Tuhan.
GISB banyak bantu
Katanya lagi, pihak GISB pernah membantu salah seorang kenalannya yang hidup susah akibat ditipu seseorang semasa di Eropah dan tidak mampu pulang ke Malaysia.
“Saya bukan ahli GISB tapi kerana rangkaian mereka besar di luar negara, dia bantu pengadu yang susah itu ketika saya hubungi mereka,”jelasnya.
Pada Rabu lalu, kecoh mengenai Ops Global yang dijalankan di 18 rumah amal di Selangor dan dua di Negeri Sembilan milik pertubuhan itu, modus operandinya mendapati penghuni dididik dengan kaedah berkenaan seterusnya mangsa diliwat penjaga dan dipaksa meliwat penghuni kanak-kanak lain.
Menerusi laporan polis, hasil siasatan mendapati antara kegiatan yang dilakukan adalah mangsa diajar melakukan perbuatan meliwat yang turut melibatkan kanak-kanak.
Berdasarkan maklumat serta siasatan yang dilaksanakan, pihak mereka mengesyaki GISB melakukan kesalahan apabila terlibat dalam kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan-kesalahan lain.
Sumber: TikTok Betty Banafe
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source