Besarkan tiga beradik Islam, Uncle Mike tak sangka terima Anugerah Maulidur Rasul
Ahli perniagaan, Michael Tong Wai Siong atau lebih mesra dengan panggilan Uncle Mike tidak menyangka menerima Anugerah Maulidur Rasul hanya kerana besarkan tiga beradik Islam.
Uncle Mika berkata, dirinya tidak pernah terlintas untuk menjadi bapa kepada tiga anak lelaki berlainan bangsa dan agama, namun takdir telah mengubah segalanya.
Menurut ahli perniagaan berusia 55 tahun, minatnya yang mendalam terhadap kerja kebajikan dan kerap mengikuti program rumah amal melalui kelab kelab yang disertainya telah menemukan dia dengan tiga anak lelaki Melayu itu.
“Sukar untuk saya gambarkan perasaan saya ini, terharu dan gembira bercampur baur. Tidak pernah sangka saya dari keluarga yang biasa ini dapat penghargaan sebegini rupa.
“Penghargaan ini memberi inspirasi dan motivasi kepada saya untuk terus melakukan kebajikan dan tolong lebih ramai yang memerlukan,” katanya.
Hari ini, Uncle Mike diangkat sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) apabila Yang di-Pertuan Agong sendiri berkenan untuk menyampaikan anugerah tersebut.
Artikel lain: Aktif sertai misi kemanusiaan, Mizz Nina terima anugerah Maulidur Rasul
Besarkan tiga beradik Islam
Difahamkan, Uncle Mike mengambil Rafei Ahmad Fauzi sebagai anak angkat ketika dia berusia 12 tahun rumah anak yatim di Gombak, Selangor.
Bagaimanapun, tidak sanggup melihat dua lagi adik Rafei bersedih disebabkan perlu berpisah, Michael membuat keputusan untuk menjaga ketiga-tiganya.
Kini, Rafei, 29, dan dua lagi adiknya, Rasyid, 28, dan Abdul Rahman, 24, sudah hampir 16 tahun bersamanya dan kasih sayang terhadap mereka tidak pernah pudar meskipun tiada pertalian darah dan tidak saling mengenali sebelum ini.
“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada keluarga yang turut terbuka menerima ketiga-tiga anak angkat saya ini.
“Malah, keluarga juga menasihatkan saya menjaga mereka dengan baik. Sebenarnya ini rahsia yang saya simpan sejak 16 tahun lalu dan tidak ramai tahu,” katanya lagi.
Turut menerima anugerah sama, lima tokoh lain iaitu Yang Dipertua Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia, Datin Aminah Zakaria; Ahli Majlis Tertinggi Majlis Ugama Islam Sabah, Datuk Ab Jamal Sakaran dan Pakar Mikrobiologi, Datin Prof Dr Khatijah Mohamad Yusoff.
Bekas Felo Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia, Profesor Emeritus Dr Shaharir Mohamad Zain dan Presiden Pertubuhan Advokasi dan Kesejahteraan Pekak Malaysia, Sariah Ibrahim turut menerima anugerah berkenaan.
Sementara itu, Mufti Sarawak, Datuk Kipli Yassin dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2024.
Sumber: Sinar Harian (Nurul Huda Husain)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source