Abang Bas bebas selepas bayar ikat jamin, menangis peluk ibu ayah
zzAbang Bas bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000 di Mahkamah Muar pagi tadi di bantu peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar yang dikenali sebagai Peguam Pencil Box.
Abang bas bebas lepas bayar ikat jamin Rm40,000
Menerusi siaran langsung yang dibuat oleh ahli keluarga Abang Bas dikenali sebagai Minnazhar di TikTok, dapat dilihat momen sewaktu pemuda tersebut menghampiri ibu bapa dan keluarga selepas selesai urusan membayar wang ikat jamin.
Abang Bas bebas selepas bayar ikat jamin di Mahkamah Muar
Difahamkan, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Muhammad Hariz Md. Yusoff telah menjadi peguam untuk mewakili Abang Bas.
Beliau membantu pemuda tersebut membayar wang jaminan menerusi dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan amang seksual bukan fizikal di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan pertuduhan kedua pula mengikut Seksyen 159a)(iii) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terdahap Kanak-Kanak 2017.
Abang Bas bebas selepas bayar ikat jamin, peluk mak ayah luar mahkamah
Menerusi siaran langsung yang dikongsi, dapat dilihat ibu dan bapa Abang Bas tidak dapat menahan tangis setelah menatap anak bongsu mereka dibebaskan.
Masing-masing memeluk erat pemuda berusia 24 tahun itu yang kini berpenampilan botak selepas seminggu direman bagi membantu siasatan pihak berkuasa.
Ahli keluarga dari Perak turut hadir beri sokongan
Difahamkan, ahli keluarga Abang Bas juga turut hadir dan pengguna TikTok yang membuat siaran langsung memaklumkan bahawa mereka datang dari Tapah bagi memberikan sokongan kepada pemuda terbabit.
Artikel lain: Tabung dana ikat jamin Abang Bas ditutup, kakak dedah terima derma dari ‘oversea’
Sekadar info, Abang Bas juga turut didakwa di Mahkamah Batu Pahat dengan tuduhan menggunakan TikTok dengan nama akaun ‘Abang Bas’ yang secara sedar membuat dan menghantar komen bersifat jelik terhadap video seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dengan kapsyen ‘hari ini crush buat homework’ diikut tanda ‘love’ sambil memerhatinya.
Susulan daripada itu, dia telah didakwa mengikut Seksyen 233(3) akta yang sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Walau bagaimanapun, pemuda berkenaan mengaku tidak bersalah diatas semua pertuduhan yang dinyatakan.
Terdahulu, kakak kepada Abang Bas dikenali sebagai Zarina Sari telah memuat naik perkongsian memohon bantuan orang ramai untuk memberikan sumbangan bagi membolehkan mereka membayar wang ikat jamin Abang Bas.
Dalam tempoh 24 jam, RM30,000 yang diperlukan untuk dana tersebut berjaya dikumpul dan Zarina mendedahkan bahawa menerima sumbangan dari luar negara juga.
Sumber: TikTok minnazhar, Facebook Zarina Sari
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source