Beto Kusyairy berpijak dibumi nyata, tak kejar trofi Oscar kerana sedar diri
Pelakon hebat, Beto Kusyairy berpijak dibumi nyata apabila memaklumkan dirinya tidak mengejar anugerah antarabangsa seperti trofi Oscar.
Memetik laporan dari Kosmo! Beto menyatakan berpijak dibumi yang nyata sebelum memasang impian tinggi untuk mengenggam trofi idaman semua penggiat industri perfileman dunia.
Beto Kusyairy berpijak dibumi nyata, tak pernah buru trofi antarabangsa
Ujarnnya, dia tidak pernah memburu anugerah antarabangsa ataupun tempatakan kerana impak postif terhadap masyarakat lebih bermakna apabila mengikuti perkara baik yang ditonjolkan menerusi lakonannya.
“Saya tidak pernah memburu anugerah antarabangsa mahupun tempatan kerana dari dulu saya terapkan pada diri sendiri supaya kerja sepenuh hati dan jangan mengharapkan trofi.
“Pengiktirafan pada saya adalah apabila hasil lakonan saya meninggalkan impak dan penonton terkesan, selebihnya adalah bonus,” katanya.
Beto Kusyairy berpijak dibumi nyata, hargai anugerah tempatan
Dalam pada itu, pemilik nama sebenar, Nur Kusyairy Zakuan Osman, 44, menyatakan yang dia sangat menghargai penganugerahan tempatan dan sangat terbuka untuk menerimanya.
Dia juga sedar diri dan tidak pernah terfikir bahawa anugerah tempatan tidak setanding dengan bakat lakonan yang dimiliki olehnya.
“Saya tidak pernah pandang rendah anugerah tempatan sebab ‘hadiah’ itu datang dari negara sendiri dan peminat sendiri menonton dan menghargai hasil karya kita.
“Bila orang nak beri takkan saya nak tolak, jadi saya hargai, berterima kasih dan bersyukur.
“Tidaklah sampai terfikir anugerah tempatan tak setanding dengan bakat saya, ‘poyo gila’. Saya pun kena sedar diri di mana langit dijunjung,” jelasnya.
Artikel lain: Meerqeen hanya idam trofi Oscar, anggap lebih ‘legit’ berbanding kemenangan lain
Beto Kusyairy berpijak dibumi nyata, nasihat pelakon untuk siapkan diri dengan cabaran
Walau bagaimanapun, pemegang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) itu menasihati agar sesiapa sahaja pelakon yang mengejar anugerah antarabangsa untuk mempersiapkan diri dengan pelbagai cabaran yang lebih besar memandangkan turut membawa nama Malaysia.
“Kita kena sedar diri kita siapa. Di mana tanah kita pijak, di mana langit kita junjung.
“Kalau nak kejar anugerah luar negara, pastikan sudah persiapkan diri baik-baik.
“Pergi luar negara dapat anugerah pasti orang Malaysia turut berbangga, tapi persiapkanlah diri dulu,” ujarnya.
Terdahulu, seorang pelakon muda telah mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya mengidam untuk menggenggam trofi Oscar di masa hadapan.
Dia merasakan kemenangan tersebut lebih ‘legit’ berbanding anugerah yang lain dan percaya perkara itu tidak mustahil walaupun terdengar kelakar.
Sumber: Kosmo! (Hanisah Selamat)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source