Masih lagi berpantang, isteri Dai Syed ucap terima kasih kepada yang mendoakan
Isteri Dai Syed ucap terima kasih kepada yang mendoakan dan memberi kekuatan untuk dia sekeluarga selepas apa yang berlaku sebelum ini.
Menerusi Insta Story, Hana Ismail menyatakan bahawa doa yang baik-baik diterima itu bukanlah bermakna dirinya layak tetapi kerana tingginya akhlak serta ihsan orang ramai.
“Terima kasih semua yang mendoakan dan memberi kekuatan untuk kami bukan kerana kami layak tapi kerana tingginya akhlak dan ihsan kalian,” tulisnya.
Isteri Dai Syed ucap terima kasih, masih lagi berpantang
Personaliti televisyen itu turut berkongsi gambar makanan pantang untuk dijamah memandangkan baru sebulan bergelar ibu.
Ujarnya, dia masih lagi menjalani pantang selepas bersalin anak pertamanya bersama Dai Syed pada 14 Ogos 2024.
Artikel lain: Da’i Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, tiga sebatan kerana merog*l
Isteri Dai Syed ucap terima kasih, sempat jumpa rakan2
Dalam pada itu, Hana turut memuat naik gambar sewaktu bertemu dengan rakan selebriti termasuklah Heliza Helmi yang menggendong anak perempuannya, Sharifah Fatma Nour Jamalullail.
Sekadar info, Hana Ismail telah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 14 Ogos 2024 kira-kira jam 2.06 petang hari Rabu.
Hana dan Da’i Syed telah menimang anak perempuan setelah hampir setahun lebih mendirikan rumah tangga.
Walau bagaimanapun, suaminya yang juga pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29 dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.
Ketika itu, bayi pasangan berkenaan baru sahaja berusia 16 hari dan Hana masih lagi dalam fasa sedang bepantang.
Sumber: Instagram hanaalmauzah
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source