Ulas isu pergolakan Fattah-Fazura, Tya Arifin & Asyraf Khalid diminta jaga rumah tangga sendiri
Pelakon dan usahawan, Tya Arifin dan suami iaitu Asyraf Khalid diminta jaga rumah tangga sendiri berbanding ulas isu pergolakan Fattah Amin bersama isteri, Nur Fazura dalam sebuah sesi podcast.
Baru-baru ini, pelakon asal Indonesia, Tya atau nama penuhnya Nurtria Wulandari Arifin tampil mengulas isu pergolakan rumah tangga pasangan selebriti bersama suaminya yang juga anak tiri kepada penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Ulas isu pergolakan Fattah
Menerusi video dimuat naik di Instagram Kata Kita Podcast, pasangan suami isteri itu memberitahu mereka mengenali Fattah dan Fazura secara peribadi, seterusnya membaca komen-komen yang ditinggalkan netizen di media sosial.
“Kalau betul pun, benda tu tak patut keluar. Patutnya bagilah alasan tak sekufu ke atau pun tak sehaluan ke?
“Dia membuatkan orang fikir pula. Adakah sebenarnya cerita ini dikeluarkan Fazura…..”ujar Asyraf Khalid.
Artikel lain: “Buang ego, bincang tanpa libatkan pihak ketiga” – Nasihat Norish Karman buat Fattah & Fazura
Asyraf bagaimanapun memberitahu punca sebenar yang berlaku itu hanyalah diketahui oleh Fattah dan Fazura sendiri, bukannya orang luar.
Dia juga berharap agar pasangan selebriti itu tidak berpisah dan masih berpeluang menyelamatkan rumah tangga.
Sementara itu, Tya berpendapat seseorang wanita itu perlu berfikiran panjang sebelum membuat sebarang keputusan tanpa melibatkan perasaan dan tidak mudah melatah.
Jangan masuk campur, jaga rumah tangga sendiri
Pun begitu, ulasan tersebut telah menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet di mana mereka berpendapat adalah lebih baik sekiranya pasangan suami isteri ini membuat ulasan yang tidak melibatkan rumah tangga seseorang.
Menurut warganet, setiap orang melalui ujian rumah tangga yang berbeza dan usia ‘masjid’ yang dibina Tya dan Asyraf masih belum betul-betul kukuh.
Sekadar info, rumah tangga pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura menjadi bualan ramai selepas aktres jelita itu memfailkan penceraian terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Jumaat lalu.
Difahamkan, permohonan berkenaan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 atau bercerai secara baik.
Sumber: IG katakitapodcast
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source