Diminta bersiap masuk penjara, Uyaina beri ilmu baru tentang proses ‘saman malu’
Selebriti, Uyaina beri ilmu baru tentang proses saman malu apabila ada netizen yang memerlinya menyuruh makan sepuasnya sebelum dijerumuskan ke dalam penjara susulan isu hangat di media sosial.
Dalam perkongsian TikTok pengacara Wanita Hari Ini berkenaan, dia telah memuat naik video sedang menikmati hidangan, namun komen-komen yang diterima terlihat kurang cerdik.
Mana tahu dalam penjara makan ikan kering?
Antara komen yang diterima adalah meminta Uyaina atau nama sebenarnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad untuk makan sepuasnya sebelum hanya menikmati lauk ikan kering dan teh O sahaja.
Uyaina beri ilmu baru, saman malu hukuman dia bukan penjara
Susulan daripada komen-komen yang kurang faham berkenaan proses dan hukuman saman malu, Uyaina beri ilmu baru dengan menjelaskan kepada beberapa pihak yang mungkin tidak tahu istilah yang mereka tulis di ruangan komen.
Ujarnya, ‘saman malu’ adalah kes yang dikategorikan sebagai fitnah. jadi, hukuman yang dikenakan tidak akan dimasuki penjara, namun orang yang berdepan dengan saman tersebut perlu membayar kerugian tersebut.
“OK ni ilmu baru untuk awak ok. ‘Saman malu’ ni adalah kes defamation. Hukuman dia tak masuk penjara tau. Orang yang berdepan dengan saman ni, kalau bersalah, kena bayar damages atau ‘kerugian.’ tulisnya.
Uyaina beri ilmu baru, kalau yang disaman tak salah, yang menyaman tanggung malu
Selebriti tersebut turut menambah jika seseorang tersebut didapati tidak bersalah, orang yang melemparkan saman pula yang akan menanggung malu.
Artikel lain: Bakal disaman keluarga Abang Bas? Uyaina Arshad tak terkesan -“Bukan saya cipta akta”
Konten tentang kesedaran tapi ramai pula kaitan dengan isu lain
Walau bagaimanapun, masih ada lagi yang meninggalkan komen seakan tidak ‘move on’ dengan isu sebelum ini susulan berasa tidak senang dengan konten kesedaran berkenaan isu pedofilia yang disampaikan.
Terdahulu, Uyaina Arshad dan Diana Danielle antara nama selebriti yang ‘dipetik’ netizen susulan kenyataan dari peguam yang mewakili pemandu bas dimana ahli keluarga berniat mahu menyaman beberapa pihak termasuk selebriti kerana telah membuatkan mereka dikecam.
Hal ini susulan kes seorang pemandu bas yang ditahan dan dituduh di bawah akta gangguan seksual terhadap kanak-kanak menerusi video-video yang dikongsi di media sosial dengan menggunakan kapsyen serta kata-kata tidak sesuai.
Sumber: Instagram Uyaina Arshad, TikTok Uyaina Arshad
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source