Penantian 18 tahun, pemuda tahan sebak jumpa semula bibik yang jaga waktu kecil
Seorang pemuda tahan sebak jumpa semula bibik yang jaga waktu kecil apabila diberi peluang bertemu di Indonesia.
Menerusi video yang dikongsi pemilik akaun TikTok dikenali sebagai Muhd. Najmii, dia akui tidak dapat menjawab pertanyaan bibik kerana menahan air mata di atas pertemuan mereka yang sudah 18 tahun tidak bersua muka.
Jaga hingga usia 8 tahun
Merujuk kepada kapsyen yang disertakan, Najmi memaklumkan yang wanita warga emas yang dipanggil bibik itu telah menjaganya serta adik-beradik yang lain sewaktu kecil dan kali terakhir bersama ketika dia berusia 8 tahun.
Pemuda tahan sebak, bersyukur dapat jumpa selepas 18 tahun
Selepas itu, bibik telah pulang ke Indonesia dan sempat terputus hubungan sebelum pemuda terbabit berjaya menjejaki keberadaan wanita tersebut.
Ujarnya, pada hari mereka berpisah sekitat tahun 2006, dia telah berazam untuk mengumpul duit bagi bertemu dengan bibik kesayangannya itu.
“Sejak bibik balik ke Indonesia tahun 2006 (aku darjah 2), sejak tu jugak lah aku berazam nak kumpul duit jumpa/cari bibik.
“Lepas bibik balik, kitorang lost contact sebab mungkin bibik tukar nombor. Tapi alhamdulillah, sepupu bibik dapat contact kitorang and bagitau bibik tinggal di mana,” tulisnya.
Pemuda tahan sebak, harap bibik gembira dengan pertemuan
Dia yang kebetulan menghadiri majlis perkahwinan di daerah berdekatan kampung bibik telah menghubungi wanita itu untuk berjumpa dan akhirnya masing-masing kembali bersua.
Walaupun pertemuan tersebut agak singkat, dia sangat gembira dan berharap wanita itu turut gembira serta bahagia melihat dia dan adik beradik yang sudah membesar.
“Walaupun kita dapat jumpa dan bersembang sekejap, saya gembira sangat dapat jumpa bibik. Saya harap bibik gembira dapat jumpa kami dan bangga tengok saya membesar.
“Terima kasih kerana menjaga kami adik beradik dengan baik.
“Satu hari nanti saya datang lagi ye bik,”ujarnya lagi
Artikel lain: Tak bergantung pada ‘maid’, Fasha Sandha basuh baju sendiri -“Bibik bukan hamba..”
Menangis tengok video ni
Perkongsian yang telah ditonton lebih dari 1 juta viewers di TikTok itu telah menghadirkan pelbagai komen dimana rata-rata akui sebak melihat momen tersebut.
Ada juga diantara mereka turut berkongsi kisah hampir serupa dan menyatakan bibik berkenaan seorang yang baik sehingga terus diingati walaupun sudah lama tidak berhubung.
Mesti bibik seorang yang cukup baik
Nampak bibik betul2 sayang
Semoga bibik terus diberi kesihatan yang baik
Ada yang kongsi kisah hampir serupa
Kasih sayang yang diberikan sewaktu menjaga anak-anak majikan sudah tentu cukup ikhlas sehingga jasanya terus dikenang.
Semoga bibik terus diberi kesihatan yang baik dan masing-masing kekal menjalinkan tali silaturahim.
Sumber: TikTok Muhd.Najmii
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source